• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aprilia AS Panggil Balik RS660, Tuono 660 untuk Ganti Enjin Baharu

Aprilia AS Panggil Balik RS660, Tuono 660 untuk Ganti Enjin Baharu

July 2, 2021 By Arif Leave a Comment

279
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PEMILIK Aprilia RS 660 dan Tuono 660 di Amerika Syarikat (AS) dijangka menerima notis panggil balik (recall) daripada pengedar untuk menukar enjin baharu. 

Asalnya, isu pada dua model itu hanya masalah injap, tetapi menjadi lebih teruk hingga memaksa jualan dihentikan. Panggil balik tersebut dilakukan dengan kerjasama Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA).

BACA >>> Aprilia RS660 (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM59.9k
BACA >>> Aprilia Tuono 660 (2021) Umum Harga Pasaran Malaysia, RM77.9k

Secara keseluruhan, hampir 100 unit motosikal akan dipanggil balik. Aprilia membuat keputusan untuk terus menukar enjin model terlibat dengan unit baharu kerana tidak dapat mengenal pasti tahap kerosakan enjin tersebut. 

Aprilia RS 660
Aprilia Tuono 660

Tidak dapat dipastikan selama mana proses panggil balik itu dibuat, tetapi Aprilia mengesahkan pemilik 660 akan mendapat tempoh waranti baharu selepas enjin dipasang. 

Selain itu, Aprilia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada model luar AS turut mengalami masalah sama atau sebaliknya.  Notis panggil balik daripada pengedar sah Aprilia dan NHTSA dijangka keluar beberapa hari akan datang.

BACA >>> Aprilia Lancar Tuono V4, Tuono V4 Factory (2021), Kuasa 175hp
BACA >>> Aprilia Tuono V4 1100 Factory, RSV4 1100 Factory (2020) Kini di Malaysia, Harga Mula RM121k

SUMBER: AsphaltAndRubber.com

279
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Amerika Syarikat, Aprilia, Aprilia RS 660, Aprilia Tuono 660, Panggil Balik, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my