RAMAI pengguna di bandar besar memilih motosikal sebagai mod pengangkutan ke tempat kerja untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan trafik selain langkah menjimatkan kos dan masa.
Bagaimanapun, pengguna motosikal sering berdepan masalah utama lain, iaitu kekurangan tempat parkir berbanding pengguna empat roda. Itu belum mengambil kira risiko vandalisme, kecurian dan saman pihak berkuasa jika meletakkan motosikal di tempat tidak dibenarkan.
BACA >>> Hampir Pengsan Dapat Tahu Kena Saman Parkir RM30j!
BACA >>> Paris Kenakan Caj Parkir untuk Motosikal Petrol September Ini
Di Sepanyol, syarikat Mimoto menawarkan khidmat garaj untuk disewa eksklusif kepada pemilik motosikal, dan sudah beroperasi di bandar utama negara itu.
Mimoto menawarkan ruang parkir tertutup yang boleh disewa mengikut jam atau kekal, dan setiap lot dilengkapi loker simpanan barangan peribadi. Garaj parkir itu juga dilengkapi sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV), kod sekuriti akses ke garaj dan kemudahan mengecas motosikal elektrik.
BACA >>> Menteri India Cadang Ganjaran Duit Jika Lapor, Hantar Foto Pemandu Salah Parkir
Mimoto kini memiliki lima premis parkir bertingkat eksklusif untuk motosikal, iaitu tiga di ibu kota Madrid, dan satu premis di Barcelona dan Alicante.
Harga sewa lot sejam bermula serendah €2 (RM9) dengan pakej sewaan tahunan, manakala akses ke dalam garaj perlu dibuat secara digital menggunakan aplikasi yang perlu dimuat turun.
Leave a Reply