• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mimoto Tawar Garaj Parkir Eksklusif untuk Motosikal dengan Sistem Keselamatan Lengkap

Mimoto Tawar Garaj Parkir Eksklusif untuk Motosikal dengan Sistem Keselamatan Lengkap

August 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


RAMAI pengguna di bandar besar memilih motosikal sebagai mod pengangkutan ke tempat kerja untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan trafik selain langkah menjimatkan kos dan masa.

Bagaimanapun, pengguna motosikal sering berdepan masalah utama lain, iaitu kekurangan tempat parkir berbanding pengguna empat roda. Itu belum mengambil kira risiko vandalisme, kecurian dan saman pihak berkuasa jika meletakkan motosikal di tempat tidak dibenarkan.

BACA >>> Hampir Pengsan Dapat Tahu Kena Saman Parkir RM30j!
BACA >>> Paris Kenakan Caj Parkir untuk Motosikal Petrol September Ini

Di Sepanyol, syarikat Mimoto menawarkan khidmat garaj untuk disewa eksklusif kepada pemilik motosikal, dan sudah beroperasi di bandar utama negara itu.

Mimoto menawarkan ruang parkir tertutup yang boleh disewa mengikut jam atau kekal, dan setiap lot dilengkapi loker simpanan barangan peribadi. Garaj parkir itu juga dilengkapi sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV), kod sekuriti akses ke garaj dan kemudahan mengecas motosikal elektrik.

BACA >>> Menteri India Cadang Ganjaran Duit Jika Lapor, Hantar Foto Pemandu Salah Parkir

mimoto sepanyol parkir garaj - 9
mimoto sepanyol parkir garaj - 5
mimoto sepanyol parkir garaj - 4

Mimoto kini memiliki lima premis parkir bertingkat eksklusif untuk motosikal, iaitu tiga di ibu kota Madrid, dan satu premis di Barcelona dan Alicante.

Harga sewa lot sejam bermula serendah €2 (RM9) dengan pakej sewaan tahunan, manakala akses ke dalam garaj perlu dibuat secara digital menggunakan aplikasi yang perlu dimuat turun.

mimoto sepanyol parkir garaj - 9
mimoto sepanyol parkir garaj - 0
mimoto sepanyol parkir garaj - 8
mimoto sepanyol parkir garaj - 7
mimoto sepanyol parkir garaj - 6
mimoto sepanyol parkir garaj - 5
mimoto sepanyol parkir garaj - 4
mimoto sepanyol parkir garaj - 2
mimoto sepanyol parkir garaj - 1

SUMBER: Mimoto | Motorrad

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cara cegah kes curi motor, Garaj Parkir Motosikal, Kemudahan Motosikal, Mimoto, Parkir Motosikal Eksklusif, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my