TUNER Adam Kay dan pasukannya dari bengkel kustom Untitled Motorcycles di London menarik perhatian peminat dengan projek motosikal elektrik dipanggil Death to Petrol!
Hanya satu unit dihasilkan buat masa ini, dan khabarnya mereka merancang mengeluarkan sejumlah supermoto elektrik ringan tidak lama lagi.
Berbeza model elektrik lain, motosikal Death to Petrol! menggunakan binaan tiub keluli berdiameter 50mm kerana lebih mudah dibentuk selain meluaskan opsyen konversi.
Berikut perincian Death to Petrol!:
- Tiada tangki minyak, dan pelana bentuk segitiga hanya dikhaskan untuk penunggang.
- Tiada panel badan dipasangkan bagi mengurangkan berat keseluruhan.
- Rekabentuk dan pembentukan komponen dibantu dua pakar dari Survivor Customs, iaitu Jack Lennie dan Mike Hill.
BACA >>> #BikinMotor: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Ubah Jadi Cafe Racer Neo-Retro
- Swingarm kantilever dipasang pada posisi hampir mendatar dengan sambungan sistem monoshock pada frem.
- Ada beberapa komponen KTM 390 Duke digunakan seperti suspensi fork terbalik (USD) di depan dan hendal klamp tripel
- Sistem brek buatan ISR dari Sweden, manakala rim jejari 17 inci menggunakan buatan SM Pro yang dibalut tayar Dunlop Supermoto Mutant.
- Ruang klac tangan yang kosong digantikan tuil brek untuk roda belakang.
- Prototaip motor elektrik prototaip keluaran Sur-Ron digunakan sebagai trenkuasa yang menghasilkan kuasa hampir 20hp dengan anggaran kelajuan 80kmj hingga 100kmj.
- Pek bateri dan komponen litar elektronik masih dalam fasa prototaip.
BACA >>> #BikinMotor: Designer Britain Bikin Honda CB100 Jadi Motosikal Elektrik
BACA >>> #BikinMotor: Active Ninja ZX-25R yang Diubah Suai Lebih Agresif
BACA >>> #BikinMotor: Ninja ZX-25R Turbo Ini Capai Kelajuan 252kmj!
SUMBER: MotorradOnline
Leave a Reply