• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Mazda SkyActiv Generasi ke-2 - Enjin Tanpa Palam Pencucuh, Mampu Pergi 30km/liter

Mazda SkyActiv Generasi ke-2 - Enjin Tanpa Palam Pencucuh, Mampu Pergi 30km/liter

January 18, 2017 By Han Othman 6 Comments

5.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

https://static.carthrottle.com/workspace/uploads/posts/2016/01/f32c592ab8fd3553ac3ef8e98b9b86ce.jpg
JIKA anda mahukan sebuah kereta yang seronok dipandu dan menjimatkan, anda mungkin perlu beralih kepada model Mazda menjelang penghujung 2018 nanti. Ini kerana pengeluar automobil Jepun itu akan memperkenalkan enjin SkyActiv generasi baharu yang mampu menawarkan penjimatan bahan api hingga 30 peratus. Lebih hebat, enjin baharu itu kelak tidak lagi menggunakan palam pencucuh untuk menyalakan bahan api.

Menurut laporan Nikkei Asian Review, walaupun sedang giat membangunkan kenderaan elektrik yang lebih mesra alam, Mazda berpendapat penghasilan enjin pembakaran dalaman masih tetap relevan dan menguasai pasaran automotif dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Teknologi enjin yang dilabel sebagai SkyActiv generasi ke-2 itu dipanggil Pencucuhan Mampatan Caj Homogen - Homogeneous Charge Compression Ignition (HCCI). Sebagai pengganti enjin SkyActiv sedia ada yang sudah diperkenalkan sejak 2011, HCCI dikatakan mampu memberikan tahap ekonomi bahan api seperti enjin diesel.

BACA >>> Enjin ‘Camless’ – Revolusi Baharu Enjin Pembakaran Dalaman Ciptaan Koenigsegg

MAZDA3 2018 JADI MODEL PENGENALAN

https://cdn.autoindustriya.com/images/posts/post10217.jpgCara pencucuhan HCCI berlaku menerusi campuran bahan api dan udara yang dibiarkan untuk tekanan, sekali gus menjadikan pembakaran lebih efisien berbanding enjin konvensional dengan palam pencucuh. Kaedah ini turut mengurangkan emisi ekzos.

Mazda3 2018 akan menjadi kereta pertama yang menggunakan enjin baharu itu, manakala barisan famili lain akan menyusul kemudian. Dibandingkan enjin sedia ada, jarak perbatuan enjin Mazda3 2018 dianggarkan mampu bergerak sejauh 30km per liter!

Sementara itu, Mazda juga bakal mengeluarkan barisan kenderaan elektrik menjelang 2019 dan menghasilkan hibrid plug-in pada 2021 dengan menyasarkan pasaran Eropah dan Amerika berikutan undang-undang alam sekitar yang semakin ketat di negara masing-masing. Bagaimanapun, bagi pasaran antarabangsa, Mazda merancang mengeluarkan kenderaan elektrik sekurang-kurangnya menjelang 2030.

SUMBER: Nikkei Asian Review

Related

5.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, enjin tanpa palam pencucuh, Homogeneous Charge Compression Ignition (HCCI), mazda, Mazda SkyActiv, Pencucuhan Mampatan Caj Homogen (HCCI), Roda4, SkyActiv generasi ke-2, SkyActiv Technology, Teknologi SKYACTIV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my