MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) meluaskan pilihan trak pikap dengan pengenalan varian terbaharu Triton Phantom Plus Edition. Hanya 1,000 unit ditawarkan kepada pelanggan Malaysia.
Trak pikap edisi 2022 itu yang cuma hadir dengan pilihan warna Jet Black Mica (hitam) menerima beberapa penambahbaikan untuk menyerlahkan gaya hidup dan semangat urban untuk aktiviti luar.
BACA >>> #PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!
Berikut ialah perinciannya:
HARGA
- Semenanjung Malaysia: RM139,700
- Sabah: RM141,700
- Sarawak: RM141,750
- Langkawi: RM131,902
- Labuan: RM134,353
*Harga di atas ialah harga atas jalan, tanpa insurans untuk pendaftaran persendirian.
Jaminan diberi ialah lima tahun atau jarak perbatuan 200,000km (mana-mana tiba dulu).
BACA >>> Mitsubishi Ralliart Kembali ke Arena Rali dengan Trak Pikap Triton!
LUARAN
- Dilengkapi kit badan dan aksesori yang menyerlahkan sifat lasak Triton Phantom Plus Edition.
- Hadir dengan bumbung dekoratif beserta pencahayaan LED
- Set bampar depan dan belakang dengan aksen merah.
- Pintu sisi trak pikap menerima tambahan desain bentuk untuk tampil lebih agresif.
- Ada bantuan pintu belakang.
- Teks acuan Phantom pada pintu belakang beserta spoiler.
- Bar sport dengan kemasan matte.
- Arca roda lebih rugged.
- Rim aloi 18 inci berwarna hitam kilat. Tayar jenis all-terrain Yokohama Geolander.
- Pelekat badan Phantom Plus.
KABIN
- Balutan kulit tiruan untuk tempat duduk, imej sporty.
- Karpet berciri merah.
- Skrin sesentuh audio 9 inci dengan sambungan Apple Carplay, Sedia-Android.
TRENKUASA
- Dijana trenkuasa diesel 2.4L MIVEC Turbo dengan teknologi pemasaan injap variabel (VVT) berkuasa 178hp @ 3,500rpm dan tork 430Nm @ 2,500rpm.
- Hadir dengan sistem pacuan Easy Select 4WD dengan mod luar jalan raya bagi sifat pengendalian optimum untuk semua permukaan.
- Radius pusingan cuma 5.9m, lebih mudah parkir di ruang sempit atau membuat pusingan U.
KESELAMATAN
Triton Phantom Plus Edition disertakan pakej keselamatan merangkumi:
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Brek (BA)
- Kawalan Kestabilan Aktif (ASC)
- Kawalan Cengkaman (TC)
- Peringatan Rehat
- Bantuan Mula Bukit (HSA)
- Bantuan Kestabilan Treler (TSA).
- Perakam Video Pemanduan (DVR).
- Ada ciri Kawalan Penurunan Bukit. Maksudnya, kelajuan kenderaan dikawal secara elektronik ketika dalam mod menurun.
TRIVIA
- Triton ialah trak pilihan ramai pembeli dengan mencatatkan jualan 9,420 unit untuk tahun kewangan MMM 2021 (April 2021- Mac 2022), naik 24 peratus berbanding tempoh sebelumnya.
- Sejak Januari hingga Jun 2022, MMM sudah menjual 4,820 unit iaitu kenaikan 44 peratus berbanding tempoh sama berbanding tahun lalu. Pegangan pasaran pula 17 peratus dalam segmen trak pikap.
- MMM memiliki 54 bilik pameran dengan 49 cawangan berstatus Pusat 3S dan 55 Pusat Servis seluruh Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, MMM ada 14 bilik pameran, masing-masing 7 premis setiap negeri.
- Triton 4x4 ialah model import penuh (CBU) dari Thailand.
BACA >>> Mitsubishi Malaysia Sumbang Trak Triton 4x4, Bantu Usaha Amal INSAF Malaysia
BACA >>> Mitsubishi Triton Athlete (2021) Lancar! Ganti Adventure X, Harga RM141k
BACA >>> Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!
Leave a Reply