• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Lancar Model Sportbike, Naked Bike Versi Elektrik Tahun Depan?

Kawasaki Lancar Model Sportbike, Naked Bike Versi Elektrik Tahun Depan?

August 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

AWAL tahun ini, Kawasaki memperkenalkan basikal imbangan elektrik Elektrode untuk kanak-kanak tetapi ramai peminat dikatakan berasa kecewa kerana mengharapkan ketibaan streetbike elektrik.

Bagaimanapun, laporan portal Motorcycle.com menyatakan dua model streetbike elektrik akan diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) tahun depan, sebagai model edisi 2023.

BACA >>> Modenas Sedia Teroka Semula Segmen Motosikal Elektrik

BACA >>> Kawasaki Mahu Perkenal 10 Motosikal Hibrid, Elektrik Menjelang 2025

Kawasaki pernah mengumumkan hasrat membangunkan sekurang-kurangnya 10 motosikal hibrid dan elektrik menjelang 2025. Elektrode ialah produk pertama.

BACA >>> Kawasaki Ninja E1: Motosikal Elektrik dengan Kotak Gear Ini Mampu Hasilkan 60hp?
BACA >>> Kawasaki Elektrode (2023), Basikal Elektrik Kanak-Kanak, Harga Mula RM4.8k!

Dua model yang bakal tiba di AS ialah versi sportbike dan naked bike. Ini disandarkan kepada senarai kemas kini kod Nombor Identifikasi Kenderaan (VIN) Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) untuk model Kawasaki 2023.

Dua kod model pelik dalam senarai tersebut ialah NX011AP dan NR011AP. Model NX dikategori sebagai Super Sports manakala NR sebagai model Sports.

Kawasaki biasa menggunakan petunjuk seperti itu untuk menandakan model sportbike (Super Sport) dan naked (Sports). Contohnya, Ninja 400 dianggap sebagai model Super Sports dan Kawasaki menggelar Z400 sebagai model Sports.

Kod model Ninja 400 ialah EX400 manakala Z400 sebagai ER400. Jadi, laporan tersebut mengandaikan NX ialah model sportbike dan NR sebagai versi naked.

Berdasarkan jadual senarai kod di atas, beberapa kolum di sebelah kanan menimbulkan teori kedatangan motosikal Kawasaki berasaskan trenkuasa elektrik.

Kolum selepas Super Sports dan Sports ialah kolum kapasiti enjin, jumlah lejang dalam kitaran enjin, jumlah silinder dan output kuasa dalam kiraan kilowat.

Model NX dan NR hanya memaparkan tanda - untuk kolum kapasiti enjin, angka 0 untuk lejang dan silinder. Kolum terakhir iaitu output pula memaparkan 11kW (14.8hp).

Motor Elektrik Kawasaki_6
Motor Elektrik Kawasaki_3

Laporan sama membuat ramalan bahawa Kawasaki akan memperkenalkan dua model elektrik sama ada semasa Pameran Intermot (Oktober) atau Pameran EICMA (November).

Motor Elektrik Kawasaki_1
Motor Elektrik Kawasaki_2

SUMBER: Motorcycle.com

Related

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kawasaki Elektrik, Mobiliti mesra alam, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev