PEREKA dari Britain, Adam Waldron menarik perhatian beberapa portal permotoran mengenai projek konversi Honda CB100 tahun 1980-an menjadi motosikal elektrik penuh.
Waldron mahu menghasilkan sebuah motosikal elektrik dengan cuba merealisasikan impian itu dengan membeli projek cafe racer gagal.
BACA >>> BSH Lancar Honda CBR150R Edisi Repsol (2022), Harga RM13.4k!
BACA >>> GasGas Masuk Pasaran Malaysia dengan Dua Model, Harga Mula RM39.8k!
Pembelian projek ‘gagal’ itu turut membabitkan banyak komponen alat ganti tambahan seperti unit trenkuasa dan casis. Dia berjaya mendapatkan unit motor elektrik dan bateri daripada pakar dari China.
Langkah seterusnya adalah memasangkan hab motor elektrik pada roda belakang, manakala pek bateri diletakkan pada ruang asal enjin (selepas enjin asal ditanggalkan).
Waldron kemudian merekabentuk dan menghasilkan sendiri kotak bateri mengikut kesesuaian frem motosikal. Sistem motor elektrik yang dipasang membolehkan motosikal berkenaan ditunggang hingga 88km untuk sekali cas penuh, manakalakelajuan tunggangan maksimum 56kmj.
BACA >>> Honda Tawar Alat Ganti Model Klasik Moden: CB750F, CB750 Four dan NSR250R
Komponen asal brek dram belakang berasaskan rod ditarik digantikan unit sistem hidraulik dengan brek cakera, termasuk penggunaan kaliper.
Brek depan pula kekal cakera tunggal dengan kaliper besar. Terotel masih di tempat sama seperti motosikal standard, manakala sebahagian besar bahagian dikekalkan keaslian seperti pelana, tangki minyak, hab depan, sistem lampu, fork teleskopik dan dwi-absober di belakang.
Bahagian bawah tangki minyak dipotong untuk menempatkan peranti kontroler dan pendawaian utama yang bersambung dengan bateri. Kos keseluruhan projek ‘CB 100-E’ menelan jumla £2,000 (RM10,880).
BACA >>> #ApaNakBuat: Macam Mana Nak Bikin Motor Bagi Power dan Tahan Lasak?
BACA >>> 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
BACA >>> #BikinMotor: Ninja ZX-25R Turbo Ini Capai Kelajuan 252kmj!
SUMBER: RideApart | DesignBoom
Leave a Reply