• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Tawar Alat Ganti Model Klasik Moden: CB750F, CB750 Four dan NSR250R

Honda Tawar Alat Ganti Model Klasik Moden: CB750F, CB750 Four dan NSR250R

March 28, 2019 By Aryon Leave a Comment

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat golongan pengumpul, pembaikpulih, dan pemilik model klasik moden ikonik Honda kerana kini berpeluang menempah alat ganti reproduksi tulen untuk CB750F, Dream CB750 Four dan NSR250R.

Menurut Honda Japan, usaha menghasilkan semula alat ganti tulen model klasik moden untuk dijual kepada orang awam dibuat berdasarkan empat kriteria, iaitu:

  • Diperlukan sesebuah model motosikal untuk beroperasi
  • Ada nilai komersial tinggi
  • Mendapat cukup permintaan daripada pelanggan.
  • Diyakini lebih baik daripada alat ganti luar @ aftermarket yang ada di pasaran.

BACA >>> Honda CB150R ExMotion Versi Streetster yang Lebih Ranggi, Kini di Thailand

Honda Japan turut menghasilkan lencana baharu berkilau untuk motosikal terpilih.

HONDA CB750F

Alat ganti baharu untuk CB750F FZ, FA, FB dan FC ialah termasuk komponen enjin seperti bolt rod penyambung, rantai utama, rantai aci, spring injap dan jarum jet. Senarai terkini juga memuatkan kabel, nat, plat klac, perumah lampu utama, dan penutup tolok. Honda turut menjual lencana CB750F untuk dipasangkan pada penutup sisi.

HONDA DREAM CB750 FOUR

Pemilik Dream CB750 Four berpeluang menempah piston baharu, injap rocker arm dan spoket pacu untuk K0, K1, K2 dan K4. Lencana jenama 'Honda' untuk dilekatkan pada sisi tangki minyak juga dijual.

HONDA NSR250R

Buat NSR250R, Honda mengeluarkan komponen karburetor baharu, plat cagak pembersih udara, kabel, bahagian klac, gear aci lawan (countershaft) 5 dan 6, sub silinder induk brek depan dan lain-lain. Setiap alat ganti ialah spesifik mengikut model NSR250R seperti MC16, MC18, MC21, dan MC28.

BACA >>> Thailand Pula Lancar Honda CBR 150R, Harga Bermula RM11,800!

Maklumat lanjut boleh layari laman web Honda Japan untuk menyaksikan senarai alat ganti yang ditawarkan dan juga anggaran masa jualan, bermula Mac hingga Ogos ini.

SUMBER: HondaJapan

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: alat ganti, Alat Ganti Reproduksi, Auto Terkini, Honda, Honda CB750F, Honda Dream CB750 Four, Honda Japan, Honda Klasik, Honda NSR250R, Jepun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my