POLIS mendedahkan 224 kes kemalangan jalan raya berlaku antara KM40 hingga KM50 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Kemalangan membabitkan kereta adalah paling tinggi dengan 164 kes, dan diikuti lori (24 kes) dalam tempoh masa sama. Kes kemalangan motosikal pula 14 kes.
Statistik didedahkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan hari ini.
@eynaredh0 Alhamdulillah Allah lindung kami dari di rempuh lori 😢 lori masuk gaung dan di khabarkan driver lori tu tersempit patah kaki..terima kasih abg lori yang cuba sebaiknya elak kereta kami di rempuh sehingga nyawa mereka hampir terkorban.. #kemalanganbentong #bentong #fyp #fypシ ♬ original sound - eynaredh0
Insiden kemalangan terbaharu adalah pada Jumaat lalu (29 Julai) membabitkan dua treler dipandu warga tempatan, masing-masing berumur 24 dan 30 tahun, dekat KM43.3 Lebuhraya KL-Karak, menghala timur.
Kes pertama berlaku apabila treler dengan muatan besi buruk hilang kawalan, dan terbabas sebelum terbalik di lokasi berkenaan. Treler itu dilaporkan dari Pelabuhan Klang menuju Kuantan ketika cuaca hujan dengan permukaan jalan licin.
Kes kedua pula berlaku beberapa minit kemudian membabitkan treler muatan kayu bergergaji yang terbabas menjunam ke dalam gaung di lokasi sama.
Treler kedua dilaporkan cuba mengelak trafik sesak berikutan kemalangan treler pertama dengan menghimpit laluan jalan. Bagaimanapun, pemandunya hilang kawalan hingga terlanggar batu penghalang jalan sebelum terjatuh dan terbalik ke dalam gaung.
Klip video kemalangan berkenaan turut tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
KONDISI PEMANDU TRELER
- Pemandu treler pertama mengalami kecederaan belakang badan, tangan kiri dan kaki kanan, serta dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Bentong.
- Pemandu treler kedua pula patah kaki dan tangan kanan, termasuk patah bahu kiri dan dirawat di hospital swasta.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Zaiham turut meminta pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan berhemah ketika memandu, termasuk memastikan kenderaan dipandu disenggara baik.
BACA >>> Video Penunggang Jatuh Tengah Jalan Nyaris Dilanggar Saga, Pantang Maut Sebelum Ajal!
BACA >>> Nahas 7 Kenderaan di PLUS, Pemandu Treler Ada 13 Rekod Kesalahan Trafik
BACA >>> Dua Beradik Maut, Estima Lima Sekeluarga Terbabas, Terbalik di Karak
Leave a Reply