DI PASARAN tempatan, model kereta mini (keicar) N-Box sudah banyak dibawa masuk Honda, termasuk beberapa siri N lain seperti N-WGN dan N-One dalam gaya berbeza.
Nama 'N' sebenarnya diambil daripada model N Honda yang popular pada era 1960-an dan 70-an. Dari segi sejarah, N-WGN generasi pertama mula dijual di Jepun pada November 2013, iaitu dua tahun selepas N-Box. Generasi kedua N-WGN yang berada di pasaran sekarang diperkenal pada 2019.
BACA >>> Honda N-ONE - Kei Car Terbaik Jepun 2021/22!
BACA >>> Honda Tayang StepWGN (2022) Serba Baharu yang Masih Gaya Kotak!
N-WGN tampil dengan rekabentuk berbeza daripada N-Box yang lebih kepada gaya sporty. Dimensi N-WGN dan N-Box sama saja dengan jarak roda 2,520mm, lebar 1,475mm dan panjang 3,395mm. Perbezaan dua model itu terletak pada ketinggian, yang mana N-WGN berukuran 1,675mm, manakala N-Box (1,790mm).
N-WGN Custom yang bakal dilancar musim luruh ini (mula September) ialah model perubahan kecil (MMC) dan Honda terlebih dahulu memperkenalkan keicar itu di laman web. Tetapi, tidak banyak yang dikongsikan kecuali maklumat kecil dan foto luaran.
Sebagai model MMC, perubahan dibuat adalah rupa depan menerusi gril sarang lebah (honeycomb) krom gelap bagi menggantikan rekaan horizontal pada model terdahulu. Bilah gril bawah juga direka berbeza.
Walaupun kecil, perubahan kecil itu menjadikan rupa depan N-WGN Custom lebih fokus. Turut dikongsi ialah rim 15 inci yang berbeza daripada model lama. Dari segi keselamatan, semua varian N-WGN dilengkapi teknologi bantuan pemandu Honda SENSING.
Mengenai trenkuasa pula, Honda belum memaklumkan sebarang perubahan yang mana N-WGN sedia ada dijana dua pilihan varian enjin aspirasi natural (NA) 658cc dan 658cc Turbo dengan transmisi automatik CVT.
Turut dimaklumkan, Honda akan memperkenalkan model istimewa N STYLE+ yang terlebih dahulu diperkenalkan untuk N-BOX sempena ulang tahun siri N yang ke-10.
BACA >>> Baru Enam Bulan, Honda Malaysia Jual Lebih 39k Unit Kenderaan, City Kekal Paling Laris
BACA >>> Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!
Leave a Reply