• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sedan Elektrik BMW i3 Terbakar ketika Pandu Uji di China

Sedan Elektrik BMW i3 Terbakar ketika Pandu Uji di China

July 31, 2022 By Wahid Leave a Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU sedan elektrik BMW i3 terbakar ketika dipandu uji di Zhengzhou, China yang menyebabkan semua penumpang lari meninggalkan kenderaan.

Dalam satu video dimuat naik CnEVPost ke platform YouTube, kebakaran kecil bermula di bawah kereta tersebut. Walaupun api tidak marak hingga membakar keseluruhan kereta, tetapi dalam masa lima minat, asap tebal dan pekat mula menyelubungi ruang kabin.

BACA >>> BMW i8 Coupe (2018) Kini Di Malaysia - Harga RM1.3 Juta, Tapi Road Tax RM90 Sahaja!
BACA >>> Toyota Rancang Labur RM8 Bilion untuk Hasilkan EV di Indonesia

Mujurlah kebakaran itu bukan daripada pek bateri atau motor trenkuasa yang berada di belakang kereta. Ini kerana kebakaran melibatkan pek bateri akan menyebabkan letupan yang boleh memusnahkan keseluruhan kereta. Jadi, ada kemungkinan BMW elektrik itu dapat diselamatkan selepas dibaik pulih.

Sebagai makluman, China ialah negara pertama dunia menerima BMW i3 dengan mensasarkan merampas dominasi Tesla Model 3 yang sangat popular di republik itu.

Model yang dibina khas untuk pasaran itu baru saja tiba bulan lalu dan 1,613 unit sudah dijual. Walaupun jumlah tersebut nampak besar, tetapi sebenarnya masih popular seperto diharapkan BMW kerana Tesla Model 3 masih dilihat sebagai produk EV yang memberikan nilai lebih baik.

BMW i3 untuk pasaran China hanya menggunakan satu motor eDrive35L yang menghasilkan kuasa 282hp dan tork 400Nm. Pek bateri memiliki kapasiti maksimum 70.3kWh yang mampi dipandu sejauh 526km untuk cas penuh. Bagaimanapun, jarak pemanduan cuma sekitar 400km mengikut piawaian Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) Eropah.

BACA >>> BMW Malaysia Tawar Dua Varian BMW 3 Series Edisi Terhad (2022), Harga Mula RM262k!

Related

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW i3, BMW i3 Terbakar di China, Kenderaan Elektrik (EV), Kereta Elektrik Terbakar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev