• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Baru Enam Bulan, Honda Malaysia Jual Lebih 39k Unit Kenderaan, City Kekal Paling Laris

Baru Enam Bulan, Honda Malaysia Jual Lebih 39k Unit Kenderaan, City Kekal Paling Laris

July 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia menjual lebih 39,000 unit kenderaan sepanjang Januari hingga Jun 2022, kenaikan 60 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Prestasi itu memberi bayangan awal wakil pengeluar itu berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran jualan keseluruhan 80,000 unit tahun ini.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM114,800
BACA >>> Honda HR-V (2022) Dapat Tempahan Luar Biasa, Masa Menunggu Lebih 12 Bulan!

Setakat 30 Jun lalu, Honda Malaysia menyumbang 12 peratus jualan kenderaan terhadap jumlah keseluruhan industri (TIV). Sepanjang separuh pertama tahun ini, Mac menjadi bulan yang mencatatkan jualan tertinggi dengan lebih 10,500 unit.

Model Terlaris Jan-Jun 2022
Civic_CMYK
City_RGB

Model segmen-B menjadi produk paling laris, disusuli sedan segmen-C. Berikut pecahan peratus mengikut jumlah jualan:

  • City - 39 peratus
  • City Hatchback - 23 peratus
  • Civic - 18 peratus

Model City, City Hatchback, Civic dan Accord pernah merangkul ranking tertinggi dalam segmen masing-masing untuk jenama bukan nasional sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.

Sebagai makluman, Honda Malaysia setakat ini menerima lebih 105,000 unit tempahan kenderaan sepanjang tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

BACA >>> Honda City Hatchback V-Sensing (2022) Kini di Malaysia, Harga RM91.7k!
BACA >>> 6 Perkara Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Honda Civic Serba Baharu Generasi ke-11

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Honda Malaysia memulakan 2022 menerusi pelancaran Civic pada Januari dengan ciri premium dan menarik. Pada Julai lalu, kami meneruskan momentum dengan pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak popular, HR-V serba baharu.

“Sejak pelancarannya, model serba baharu itu, yang hadir dengan rekabentuk menawan dan teknologi termaju, mendapat respons luar biasa dari pasaran. Penerimaan positif itu juga membantu menganjak prestasi jualan tahun ini.”

Maklumat lanjut mengenai model Honda boleh didapati menerusi semua 102 pengedar rasmi Honda seluruh negara, talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.

BACA >>> Selamat Datang Yoshimura, CEO Baharu Honda Malaysia!
BACA >>> Honda Malaysia Rai Unit Pengeluaran ke-1,000,000!
BACA >>> Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!

Related

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hironobu Yoshimura, Honda Accord, Honda City, Honda Civic, Honda HR-V, Honda Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev