• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Kicks (2022) Lancar di Jepun dengan Enjin e-POWER 2.0, Harga Mula RM91.9k!

Nissan Kicks (2022) Lancar di Jepun dengan Enjin e-POWER 2.0, Harga Mula RM91.9k!

July 28, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

192
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA tempatan sudah lama ditawarkan teknologi elektrik dan hibrid daripada Nissan menerusi model seperti LEAF, Serena dan X-Trail.

Tinggal lagi teknologi e-POWER saja belum ditawarkan yang mana enjin beroperasi sebagai generator. Di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, model dengan enjin tersebut sudahpun ditawarkan menerusi kenderaan utiliti sukan (SUV) Kicks e-POWER.

Terbaru di Jepun, Nissan memperkenalkan Kicks (2022) yang mula dijual 19 Julai lalu. Dari luaran, SUV subkompak itu nampak sama saja seperti model terdahulu kecuali trenkuasa e-POWER generasi kedua. Turut berubah ialah naik taraf kabin lebih senyap, kemasan dalaman baharu dan tambahan sistem pacuan empat roda (4WD).

Berikut ciri istimewa Kicks (2022):

ENJIN e-POWER GENERASI KEDUA

Teknologi e-POWER kali pertama diperkenalkan menerusi Note pada November 2016. Nissan kemudia meluaskan penggunaan  trenkuasa e-POWER daripada enjin 1.2L kepada 1.5L turbo pada SUV Qashqai.

Kini trenkuasa e-POWER sudah menggerakkan lima model pelbagai segmen yang terdiri daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) Serena dan sedan Sylphy.

Trenkuasa e-POWER untuk Kicks (2022) pula ialah enjin generasi kedua dan berprestasi lebih tinggi. Motor e-POWER adalah lima peratus lebih berkuasa dengan daya tork maksimum tujuh peratus lebih tinggi. Generasi kedua ini juga digunakan terlebih dulu pada Note yang dilancarkan pada 2021.

Walaupun lebih berkuasa, Nissan berjaya menurunkan penggunaan minyak sekitar 6.4 peratus lebih jimat berbanding model terdahulu (e-POWER 2WD/ WLTC) dengan kadar penggunaan 23km per liter. Tahap kesenyapan kabin juga lebih baik menerusi pengurangan pengaktifan enjin pada halaju rendah.

e-POWER 4WD

Teknologi pacuan e-POWER 4WD menggunakan sistem 4WD elektrik yang mengawal keempat-empat roda dengan motor berkuasa tinggi. Fungsinya membantu ketika melalui jalan berliku, permukaan licin seperti salji dan keselesaan pemanduan di bandar.

SISTEM AMARAN PERLANGGARAN DEPAN PINTAR (IFCW)

Sistem ini dilengkapi pada semua varian Kicks (2022) menerusi sensor radar yang dipasangkan pada bahagian depan untuk mengesan jarak dua kereta di depan dengan halaju relatif. Jika mengesan ada keperluan memperlahankan kereta akibat perubahan mendadak kenderaan depan, sistem akan memberi amaran kepada pemandu dengan menyediakan bantuan mengelak pelanggaran.

REKAAN DALAMAN LEBIH MODEN

Konsol tengah dan gear Kicks (2022) tampil lebih moden dengan kemasan berkualiti tinggi. Varian dengan pilihan skema warna dwi-tona turut ditambah, iaitu warna kuning air (beige) selain jingga (orange tan). Kicks Style Edition pula nampak lebih bergaya dengan ruang kabin coklat gelap selain gril ala krom.

VARIAN DAN HARGA

Kicks (2022) dibahagikan kepada dua varian utama, iaitu pacuan 2WD dengan enjin dan motor HR12DE-EM47, dan satu lagi pacuan 4WD dengan trenkuasa HR12DE-EM47-MM48.

Ada lapan varian ditawarkan pada harga bermula 2,798,400 yen (RM91,980) untuk Kicks 2WD X, manakala varian tertinggi Kicks X Style Edition berharga 3,281,300 yen (RM107,860).

BACA >>> Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k
BACA >>> Harga Nissan Fairlady Z (2022) JDM Diumum, Paling Murah RM177k

Nissan Kicks 2022 Jepun.01
Nissan Kicks 2022 Jepun.02
Nissan Kicks 2022 Jepun.03
Nissan Kicks 2022 Jepun.04
Nissan Kicks 2022 Jepun.05
Nissan Kicks 2022 Jepun.06
Nissan Kicks 2022 Jepun.07
Nissan Kicks 2022 Jepun.08
Nissan Kicks 2022 Jepun.09
Nissan Kicks 2022 Jepun.10
Nissan Kicks 2022 Jepun.11
Nissan Kicks 2022 Jepun.12
Nissan Kicks 2022 Jepun.13
Nissan Kicks 2022 Jepun.14
Nissan Kicks 2022 Jepun.15
Nissan Kicks 2022 Jepun.16
Nissan Kicks 2022 Jepun.17
Nissan Kicks 2022 Jepun.18
nissan-kicks-e-power
enjin-e-power-2nd-gen
nissan-kicks-2022-jepun-bg
nissan-kicks-2022-fcw

Related

192
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, e-POWER, Enjin e-POWER 2.0, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, Nissan Japan, Nissan Kicks 2022, Nissan Kicks e-POWER, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev