• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Rancang Labur RM8 Bilion untuk Hasilkan EV di Indonesia

Toyota Rancang Labur RM8 Bilion untuk Hasilkan EV di Indonesia

July 27, 2022 By Han Othman Leave a Comment

938
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA merancang melabur 27.1 trilion rupiah (RM8.1 bilion) di Indonesia dalam lima tahun akan datang untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV), kata Kementerian Ekonomi republik itu, hari ini.

Indonesia mensasarkan menjadi hab global dalam pembuatan dan eksport EV menerusi pemprosesan bijih laterit nikel untuk digunakan dalam bateri litium.  Banyak syarikat antarabangsa sudah mengumumkan pelaburan besar dalam industri tersebut, seperti Hyundai Motor Group, LG Energy Solutions di bawah LG Group.

BACA >>> Indonesia Tayang Model Konsep Toyota Innova EV, Ada Potensi Masuk Malaysia?

Meeting with Mr Airlangga Hartarto and members of Commission VI
Toyota_Logo_Newes

Ketua Menteri Ekonomi , Airlangga Hartarto berkata, Toyota melaburkan 14 trilion rupiah (RM4.2 bilion) di negara Asean itu sejak 2019.

Saya yakin permintaan EV sama ada untuk segmen empat roda atau dua roda akan meningkat di Indonesia dan Asean.

Airlangga berkata, Indonesia, yang memiliki populasi 270 juta penduduk, mensasarkan menjual hanya kereta dan motosikal elektrik menjelang 2050 bagi menggantikan kenderaan dikuasakan enjin pembakaran dalam (ICE) dalam usaha menggurangkan emisi karbon.

Indonesia juga mensasarkan memliki 13 juta motosikal elektrik, termasuk konversi trenkuasa ICE-EV, dan 2.2 juta kereta elektrik atas jalan menjelang 2030.

Toyota pula merancang menghasilkan pelbagai jenis kenderaan hibrid dalam masa empat tahun akan datang, dan tambahan pelaburan diharapkan dapat menunjukkan komitmen pengeluar itu dalam pelaburan EV. Bagaimanapun, Toyota tidak mendedahkan perincian pelaburan yang dibincang dalam pertemuan dengan kementerian Indonesia itu.

Semalam, Indonesia turut mengumumkan rancangan Mitsubishi Motors Corp melabur 10 trilion rupiah (RM3 bilion) antara 2022 dan 2025 untuk menghasilkan model hibrid dan bateri EV. Komitmen pelaburan dengan pengeluar dari Jepun datang berikutan lawatan Presiden Joko Widodo ke Negara Matahari Terbit itu minggu ini untuk mempromosikan hubungan ekonomi.

BACA >>> Indonesia Tawar Varian Hibrid untuk Toyota Corolla Altis (2022), Harga RM150k
BACA >>> Masalah Tali Keledar: Toyota Indonesia Panggil Balik Alphard, Vellfire

SUMBER: BangkokPost

Related

938
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Airlangga Hartarto, Auto Terkini, Bateri Litium-Ion, laterit nikel, Mitsubishi Motors Corp, Presiden Joko Widodo, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev