• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ANCAP Akan Mulakan Ujian Penilaian Kereta Tenggelam Dalam Air di Australia

ANCAP Akan Mulakan Ujian Penilaian Kereta Tenggelam Dalam Air di Australia

July 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

BADAN penguji bebas perlanggaran kenderaan Australia, ANCAP akan mula membuat penilaian terhadap fungsi kenderaan di bawah air sebagai penambahbaikan protokol ujian tahun 2023.

Maknanya, usaha menerima penarafan lima bintang ANCAP kini lebih sukar dengan adanya ujian penenggelaman kenderaan (kereta dimasukkan ke dalam air). Ia adalah salah satu dari beberapa ujian baharu yang akan mula dilaksanakan menjelang Januari 2023.

Kriteria ujian penenggelaman kenderaan baharu akan diperkenalkan sebagai lanjutan protokol menyelamat sedia ada ANCAP yang akan menilai aksesibiliti kenderaan selepas suatu kemalangan berlaku.

Pengeluar kenderaan perlu membuktikan pintu kereta mereka masih boleh dibuka tanpa kuasa bateri dan tetingkap kuasa masih beroperasi supaya orang berada di dalam dapat keluar dari kenderaan yang ditenggelami air.

Syaratnya, semua perkara itu perlu dipenuhi dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 minit pada sesebuah kereta yang ditenggelami air.

Jika gagal memberi sebarang bukti bahawa cermin tetingkap (sisi) boleh berfungsi selepas kenderaan ditenggelami air, pihak pengeluar harus membekalkan satu metod untuk individu membuka atau memecahkan cermin sama. Maklumat ini perlu dimasukkan dalam buku manual pemilik.

Tiada penjelasan tepat diberi mengenai kriteria ujian tersebut namun Ketua Pegawai Eksekutif ANCAP, Carla Hoorweg berkata:

“Adalah penting untuk tidak (memandu atau meredah) masuk air banjir menggunakan kenderaan. Kejadian banjir baru-baru ini sekali lagi memberi kami peringatan bahawa banjir boleh mengambil sesebuah kenderaan dan mereka berada di dalamnya.”

Pengeluar kenderaan akan menerima poin dalam penilaian Perlindungan Penumpang Dewasa untuk kenderaan yang dilengkapi dengan tindak balas penenggelaman.

BACA >>> MIROS Sediakan Konsep Had Laju 30kmj Sekitar KL untuk DBKL
BACA >>> MIROS: Motosikal Memang Tak Boleh Guna Lorong Kecemasan, Tapi....
BACA >>> MIROS: Bina Banyak Laluan Khas Motosikal Mampu Kurangkan Kemalangan
BACA >>> Video KL Dilanda Banjir Kilat! Lelaki Duduk Atas Bumbung Kereta, Kereta Polis Dihanyut Arus

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ANCAP, autoterkini, banjir, Kereta Banjir, MIROS, Penilaian Kereta Banjir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev