TRAPO Malaysia kini menawarkan jualan produk dan servis pemasangan kamera papan pemuka jenama 70mai untuk pemilik kenderaan di negara ini.
Ini susulan pelantikan TRAPO Malaysia selaku pengedar dan pemasang rasmi pertama produk 70mai untuk pasaran domestik, selepas kedua-dua pihak memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di Bangsar, Kuala Lumpur.
Untuk makluman, pengedar rasmi produk 70mai ialah D.M. Dasher Sdn. Bhd. TRAPO pula menawarkan pelbagai aksesori premium dan berkualiti untuk kenderaan dengan harga munasabah.
Majlis MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Trapo, Tzong Lee dan Pengasas Bersama D.M. Dasher, Ng Wei Kheng.
APA ANDA PERLU TAHU
- Jika membeli produk 70mai, anda layak menerima diskaun sehingga 15 peratus untuk produk karpet kereta TRAPO. Tawaran sehingga 31 Ogos 2022.
- Anda boleh beli secara atas talian atau ke kedai fizikal TRAPO untuk produk 70mai.
- Setiap cawangan TRAPO Malaysia akan menyediakan ruang pameran produk 70mai dan pelanggan boleh melihat sendiri secara dekat.
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik?
BACA >>> Nyaris Langgar Saga, Pemilik Dashcam Kongsi Video Mohon Maaf
HARGA 70mai
Sebagai permulaan, ada tiga produk kamera papan pemuka ditawarkan dengan harga permulaan seperti berikut:
Malah anda juga boleh membuat pembelian menerusi skim ansuran. Butiran termasuk perincian harga boleh dirujuk di laman web: TRAPO Malaysia
BACA >>> Kajian: Benarkah Video Dashcam Selesaikan Banyak Isu Trafik?
CAJ DAN PEMASANGAN
Jika sudah membeli kamera 70mai termasuk dari pihak lain tetapi ingin membuat pemasangan di TRAPO, ada caj akan dikenakan mengikut modul dan kenderaan.
Kadar harga ada sama seperti pembelian fizikal di cawangan TRAPO. Senarai harga bermula serendah:
- Kamera depan: RM50
- Kamera depan dan belakang: RM100
- Kamera depan, belakang dan hardwire: RM150
ANGGARAN MASA PEMASANGAN
- Kamera depan belakang: 15 hingga 30 minit
- Kamera depan, belakang dan hardwire: 45 hingga 60 minit
Penasihat dan wakil TRAPO akan beri penerangan dan nasihat kepada pelanggan terlebih dahulu sebelum membuat pemasangan.
BACA >>> Trapo Asia Lancar Classic Mark II - Karpet Kereta dengan Teknologi Antibakteria
SENARAI CAWANGAN
- TRAPO Malaysia beroperasi di Glenmarie, Cheras, Desa Park, Bangsar dan di Pusat Beli-Belah Mid Valley (2 premis) dan juga Midvalley di Johor.
- Ada juga cawangan di Melaka. Pulau Pinang turut tersenarai dan akan dibuka menjelang akhir tahun ini.
- TRAPO Malaysia juga ada rancangan meluaskan pembukaan premis di Pantai Timur kelak sebelum melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak.
BACA >>> Tiga Maut, Dashcam Jadi Saksi Aruz Laju Sangat
BACA >>> Nyaris Langgar Saga, Pemilik Dashcam Kongsi Video Mohon Maaf
BACA >>> Tengok Kemalangan Langgar Lampu Isyarat, Netizen Kagum Komen Tenang Pemilik Dashcam
Leave a Reply