• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Quartararo Pandu Uji Mercedes F1 Hujung Tahun Ini, Ada Hajat Ikut Jejak Rossi?

Quartararo Pandu Uji Mercedes F1 Hujung Tahun Ini, Ada Hajat Ikut Jejak Rossi?

July 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FABIO Quartararo dikesan wartawan di Le Castellet pada aksi perlumbaan GP Formula Satu (F1) Perancis dan dilihat meluangkan masa di padok Mercedes. Pasukan AMG Mercedes mencatatkan prestasi positif pada perlumbaan itu selepas meraih kemenangan podium berganda pertama.

Wartawan Sky F1, Ted Kravitz mendakwa Quartararo bakal melakukan sesi ujian bersama Mercedes hujung tahun ini.

Also got to meet this legend @FabioQ20✊🏻. He was properly in awe of the car and I got the distinct impression he wanted to hang out with us lot in the garage for a lot longer than he could. A really bloody nice lad! pic.twitter.com/G7jPM0jGt0

— Jonathan Wilcox (@Coxy847) July 24, 2022

Jika benar, Quartararo akan menjadi pelumba pasukan pengilang Yamaha ketiga dalam tempoh enam tahun lalu yang menyertai ujian Formula One (F1) bersama Mercedes.

BACA >>> Jarvis: Yamaha Rekrut Lorenzo Sebab Rossi Hendak Masuk F1
BACA >>> Rossi Akhirnya Dedah Sebab Kenapa Tidak Jadi Masuk F1

Valentino Rossi pernah mencuri tumpuan apabila memandu uji jentera Ferrari antara 2006 dan 2008. Jorge Lorenzo pula melakukan perkara sama memandu jentera F1 Mercedes (2014) di Silverstone pada 2016.

Rossi pada akhir 2019 juga pernah berpeluang memandu jentera Mercedes yang meraih kejuaraan 2017, manakala pemandu asalnya, Lewis Hamilton menunggang jentera MotoGP, Yamaha YZR-M1.

BACA >>> Rossi Pandu Kereta F1, Hamilton Tunggang Yamaha M1!

Selain Yamaha, dua pelumba Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa juga pernah menyertai ujian memandu jentera F1 pada 2018, milik pasukan Toro Rosso dengan liveri 2012, Red Bull. Jentera pasukan Red Bull ketika itu menggunakan enjin Renault, manakala Toro Rosso pula beralih kepada trenkuasa Honda.

BACA >>> Beralih Arah, Marc Marquez Pandu Uji Jentera Formula Satu (F1) Bulan Depan?

Sementara itu, juara dunia motocross sembilan kali, Antonio Cairoli turut menguji jentera sama di Litar Red Bull Ring bersama Marquez dan Pedrosa pada 2018.

Persoalan sama ada Quartararo akan mengikut jejak Rossi beralih ke sukan lumba empat roda masih menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kelajuan dan sejauh mana pemahaman pelumba Perancis terhadap jentera lumba Mercedes pada ujian akhir tahun ini.

Terlalu awal membuat sebarang spekulasi kerana Quartararo baru saja memeterai kontrak dua tahun bersama Yamaha dan dilihat berpotensi menjadi juara dunia MotoGP musim ini. Malah, beliau juga baru berusia 23 tahun dan masih ada banyak masa untuk menempah rekod dalam karier MotoGP.

BACA >>> Rossi Juara Monza Rally Show Kali Ke-4 Berturut-Turut, 8 Kali Keseluruhan!
BACA >>> Mantan Bos F1 Kena Tahan, Polis Jumpa Pistol dalam Bagasi di Lapangan Terbang Brazil
BACA >>> McLaren MP4-25A - Jentera F1 Dipandu Hamilton Pada 2010 Ini Dilelong RM27j
BACA >>> Jam Tangan RM233k Pelumba F1 UK Kena Rembat Luar Stadium Wembley

SUMBER: VisorDown

Related

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AMG Mercedes, Antonio Cairoli, Dani Pedrosa, GP Formula Satu (F1) Perancis, Jorge Lorenzo, Marc Marquez, MotoGP, roda2, Ted Kravitz, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev