• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mantan Bos F1 Kena Tahan, Polis Jumpa Pistol dalam Bagasi di Lapangan Terbang Brazil

Mantan Bos F1 Kena Tahan, Polis Jumpa Pistol dalam Bagasi di Lapangan Terbang Brazil

May 30, 2022 By Shawkath Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Brazil menahan mantan Ketua Eksekutif Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone kerana menemui sepucuk pistol dalam bagasi bilionair itu di sebuah lapangan terbang di Viracopos, Campinas, Brazil.

Ecclestone, 91, dilaporkan dalam perjalanan menaiki jet persendirian yang akan berlepas ke Switzerland sebelum ditahan. Imbasan sinar-X mengesan sepucuk pistol tanpa peluru jenis 32-kaliber LW Seecamp di pintu keselamatan jam 9:30 malam, Rabu lalu.

BACA >>> Polis Tahan Pemandu Proton Wira Tayang Pistol Mainan RM2.40 Sambil Memandu
BACA >>> Ubah Suai Stereng Asal Jadi Macam Kereta F1, Pemilik Myvi Ini Sengaja Cari Nahas!

Media melaporkan Ecclestone ditahan di pusat tahanan polis di lapangan terbang berkenaan sebelum beliau membuat bayaran ikat jamin R$6,060 (RM5,600), dan kemudian barulah dapat berlepas ke Switzerland.

Menurut laporan, Ecclestone mengakui memiliki senjata itu yang disimpan di ladang miliknya di Brazil. Bagaimanapun, beliau tidak sedar senjata itu ada dalam bagasi sebelum menaiki pesawat. Beliau juga tidak memiliki dokumen sokongan untuk senjata api itu.

Sementara itu, ESPN melaporkan Ecclestone menafikan diri ditahan di Brazil. Menurutnya;

Aku tak pernah kena tangkap. Mereka mahu (bayaran ikat jamin) dalam mata wang tempatan yang kami memang tak ada. Jadi, ada satu lagi drama untuk cuba mendapatkan wang tersebut. Aku sedang bersiap untuk tinggalkan negara itu, aku tak ada apa-apa wang tempatan (matawang Brazil).”

Ecclestone mendakwa membeli pistol itu dari seorang mekanik F1 atau orang menukar tayar kenderaan di Brazil beberapa tahun lalu.

BACA >>> Jam Tangan RM233k Pelumba F1 UK Kena Rembat Luar Stadium Wembley

Tambahnya;

Mereka kata aku perlu sesuatu seperti ini. Ini mungkin berkesan jika ada seseorang cuba merompak atau melakukan sesuatu. Sebab itu aku beli (pistol) dari lelaki berkenaan.”

BAGAIMANA PISTOL ADA DALAM BAGASI?

Ecclestone mendakwa meninggalkan pistol dalam poket baju, manakala orang yang ditugaskan menyiapkan bagasi tidak sedar memasukkan sekali dalam beg. Semasa imbasan di lapangan terbang, pistol tidak didaftarkan itu dikesan. Ecclestone berkata;

Ia tidak digunakan untuk menembak, tiada peluru di dalamnya, jadi aku tidak ambil peduli untuk mendaftarkannya (pistol). Aku pun tak tahu kena daftarkannya.”

Bernie dan isterinya Fabiana.

Bilionair itu menghabiskan masa sejak jam 8 malam hingga 5 pagi di lapangan tersebut untuk memberikan penjelasan dan melengkapkan semua kertas kerja sebelum dibenarkan berlepas. Ecclestone berkahwin dengan wanita warga Brazil, Fabiana Ecclestone yang juga Naib Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan anggota Majlis Sukan Bermotor Dunia.

Ibu Fabiana pula, Aparecida Schunck pernah diculik di Sao Paulo pada 2016 dan penjenayah menuntut wang tebusan 120 juta reais (RM110 juta). Sembilan hari kemudian, ibu memtua Ecclestone dibebaskan dalam serbuan polis, dan tiada wang tebusan dibayar.

Ecclestone dianggarkan bernilai lebih AS$3 bilion (RM13.11 bilion).

BACA >>> Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk
BACA >>> Apa Motif Yamaha Jalin Kerjasama Bikin Enjin Kapal Terbang?
BACA >>> Pesawat Angkasa China Tidak Perlu Bantuan Roket, Boleh Berlepas Dari Lapangan Terbang

SUMBER: Motor1 | ESPN

Artikel Berkaitan

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autoterkini, Bernie Ecclestone, F1, Formula Satu (F1), Pistol 32-kaliber LW Seecamp, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my