SEORANG individu dilaporkan rentung dalam insiden kebakaran melibatkan empat unit kenderaan dekat Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL di Pasir Gudang, Johor menghala ke Bakar Batu, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan tersebut melibatkan empat kenderaan, iaitu BMW, Perodua Myvi, Honda City dan van pekerja kilang jenis Nissan.
BACA >>> Budak 12 Tahun Terselamat Kebakaran, Mujur Abah Ajar Pandu Kereta!
BACA >>> Cemburu Punca Suspek Bakar 34 Motosikal Penghuni PPR Kampung Muhibbah
Mangsa maut belum dikenal pasti dan dilaporkan rentung 90 peratus serta ditemukan tersepit di bahagian pemandu kereta BMW.
Mohd Suhaimi berkata;
Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis BMW terbakar 90 peratus, sebuah van pekerja kilang jenis Nissan terbakar 90 peratus, sebuah Perodua Myvi terbakar 60 peratus dan sebuah Honda City tidak terbakar akibat kemalangan jalan raya.
"PKO bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan air tangki pam jentera. PKO bertindak mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.”
Pemandu City dan Myvi, masing-masing lelaki berumur 34 dan 52 tahun dilaporkan selamat. Seramai 13 anggota bergegas ke lokasi kemalangan dengan bantuan Balai Bomba Penyelamat Johor Jaya untuk memadamkan kebakaran.
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cegah Kereta Terbakar yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Aksesori Perlu Ada dalam Kereta Sebelum Balik Kampung Beraya
BACA >>> Parkir Bawah Panas Lama Sangat, Pelapik Papan Pemuka Alza Terbakar
SUMBER: Berita Harian | CRJDT
Leave a Reply