• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pulau Pinang Pernah Buka Tender Litar Lumba, Tiada Syarikat Berminat

Pulau Pinang Pernah Buka Tender Litar Lumba, Tiada Syarikat Berminat

July 22, 2022 By Aryon Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Negeri Pulau Pinang mendakwa pernah merancang dan berusaha menyediakan litar khas untuk peminat sukan motosikal di pekarangan Stadium Batu Kawan, di Georgetown, tahun lalu, tetapi tiada syarikat berminat menyertai projek berkenaan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam sidang media di Georgetown kelmarin, berkata, Kerajaan Negeri sudah mengemukakan cadangan membuka satu litar motosikal di perkarangan Stadium Batu Kawan untuk kemudahan peminat dua roda, termasuk menjemput syarikat berkelayakan menyertai tender projek di bawah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee.

BACA >>> Selepas Kedah, Penang Pun Nak Buat Litar Lumba
BACA >>> Wazi: Litar Lumba Boleh Pertingkat Skil Pengguna Jalan Raya, Kurangkan Kadar Kematian

litar-batu-kawan-1
litar-batu-kawan-2

Justeru bukan bermaksud Kerajaan Negeri tidak berusaha mengelakkan insiden kemalangan membabitkan penunggang motosikal, tetapi tiada syarikat memberikan respons kepada tender berkenaan kerana mungkin tidak nampak potensi dalam menyediakan litar tersebut.

Kenyataan Kon Yeow itu dibuat berikutan insiden lima penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, awal pagi Ahad lalu.

Mangsa maut ialah Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, dan Mohd Haziq Harris, 34.

Terdahulu, Pulau Pinang pernah mengumumkan akan membina litar lumba di Batu Kawan di atas tanah berkeluasan 2.8 hektar yang sudah dikenal pasti sebagai lokasi sesuai pembinaan litar berkenaan. Tujuan Kerajaan negeri membina litar tersebut adalah menyediakan suasana kondusif dalam mencari bakat sukan permotoran baharu.

Malah kempen kesedaran besar-besaran akan dijalankan berterusan bagi memastikan anak muda mengetahui risiko berlumba, manakala ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak dan bukan mengharapkan pihak berkuasa semata-mata.

BACA >>> Perak Bakal Dapat Litar Lumba di Lembah Beriah?

SUMBER: Bernama

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Litar Lumba Batu Kawan, Pulau Pinang, Stadium Batu Kawan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?
    #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev