• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Kedah, Penang Pun Nak Buat Litar Lumba

Selepas Kedah, Penang Pun Nak Buat Litar Lumba

June 15, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat pencinta sukan permotoran. Terbaharu, Pulau Pinang mengumumkan akan membina litar lumba di Batu Kawan bersebelahan Kompleks Stadium Negeri. 

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Penang, Soon Lip Chee berkata, tanah berkeluasan 2.8 hektar antara stadium dan Sungai Jawi sudah dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk membina litar tersebut. 

BACA >>> MB Kedah Nak Bina Litar Prestasi Tinggi untuk Pemilik Supercar Langkawi
BACA >>> Litar Antarabangsa Langkawi Akan Jadi 'Nürburgring Timur'

Soon Lip Chee
Stadium Batu Kawan

Lip Chee berkata, tujuan Kerajaan Negeri membina litar tersebut adalah menyediakan suasana kondusif dalam mencari bakat sukan permotoran baharu.

Menurutnya, litar tersebut adalah salah satu projek yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 dan dijangka menjadi fasiliti yang bakal mengubah kawasan tersebut menjadi Bandar Sukan.

Kertas cadangan projek juga sudah dibuka pada 17 Mei lalu dan ditutup minggu lalu, tetapi Kerajaan Negeri bersedia melanjutkan tarikh tutup jika ada syarikat berminat.

Semua kertas cadangan juga perlu memenuhi kriteria ditetapkan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) membabitkan infrastruktur seperti kawasan penonton, lot parkir dan pejabat pengurusan. Litar itu juga akan digunakan untuk acara dan pertandingan peringkat tempatan dan antarabangsa, sekali gus berpontensi merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

Lip Chee berkata lagi, Pulau Pinang mempunyai ramai bakat dalam sukan permotoran tetapi tidak berpeluang mengembangkan potensi mereka disebabkan ketiadaan litar. Justeru, litar berkenaan akan menjadi ruang mereka berlumba dengan selamat.

Litar baharu itu disasarkan siap dalam masa tiga tahun dan dibiayai sepenuhnya sektor swasta.

BACA >>> #TahukahAnda: Apa yang Hebat Sangat Pasal Litar Nürburgring?
BACA >>> Azizulhasni Cadang Bina Litar Basikal Macam Thailand, Korea

SUMBER: TheStar

Artikel Berkaitan

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, F1, litar, litar antarabangsa, MotoGP, Motorsports Association of Malaysia (MAM), Penang, Pulau Pinang, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my