ALEX Rins sah menandatangani kontrak dengan pasukan satelit LCR Honda untuk saingan musim depan berikutan keputusan Suzuki menarik dari daripada Kejuaraan Dunia MotoGP menjelang penghujung musim ini.
Desas-desus perjanjian dengan LCR Honda itu sudah kedengaran sejak beberapa minggu lalu selepas kecoh berita pengunduran Suzuki. Keputusan itu menjadikan LCR Honda sebagai pasukan pertama bukan Suzuki disertai Rins sejak debut 2017 dengan meraih tiga kali juara dan 15 podium GP.
BACA >>> Sah! Suzuki Bincang dengan Dorna Hasrat Tinggalkan MotoGP Akhir Musim Ini
BACA >>> Zarco Ganti Nakagami dalam LCR Honda untuk Baki MotoGP Musim Ini
Aku sangat gembira dapat masuk LCR Honda. Tukar pasukan dan motor memang mencabar, tapi aku dah sedia nak berikan 100 peratus dan buat apa saja yang aku belajar sepanjang kelas MotoGP.
"Kepercayaan Honda dan Lucio (Cecchinello) sangat penting buat aku dalam buat keputusan ambil cabaran ini. Aku nak ucap terima kasih atas peluang ini.
Bos LCR Honda, Lucio Cecchinello (foto atas kanan) berkata, dia gembira dapat memikat pelumba berpengalaman dan dihormati dalam MotoGP untuk pasukannya yang gagal mencatatkan sebarang podium MotoGP sejak 2019. Beliau berkata;
Aku suka nak umumkan Álex Rins akan jadi pelumba LCR Honda Castrol pada 2023. Kami sudah selesai tandatangan kontrak melibatkan tiga pihak. Jadi kami akhirnya boleh umumkan berita ni. Rins pelumba berpengalaman, laju dan pernah dapat podium.
"Pengalamannya yang banyak, dan keupayaan beri cadangan yang tepat kepada mekanik seperti mana aku dengar, pasti bantu kami untuk menambah baik pakej motor dengan mensasarkan lebih banyak podium."
Rins akan mengambil alih pelana ditinggalkan Alex Marquez yang berhijrah ke Gresini Ducati musim depan.
Pencabar kejuaraan Moto2, Ai Ogura dijangka diumumkan sebagai rakan pelumba menggantikan Takaaki Nakagami yang digugurkan, manakala rakan pasukan Rins ketika di Suzuki, Joan Mir bersedia berhijrah ke pasukan pengilang, Repsol Honda, musim depan.
BACA >>> Alex Marquez Tinggalkan LCR Honda, Sertai Gresini Ducati Musim Depan!
BACA >>> Mir, Rins Bincang dengan HRC Minta Peluang Sertai Honda Musim Depan?
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply