• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Dedah Strategi Langsaikan 'Hutang' 243k Kereta Pelanggan

Perodua Dedah Strategi Langsaikan 'Hutang' 243k Kereta Pelanggan

July 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA majlis pelancaran model generasi baharu Alza (2022), Perodua menyatakan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu menerima tempahan lebih 30,000 unit dari seluruh negara, yang juga rekod baharu Perodua!

Perodua meletakkan sasaran menghasilkan kira-kira 3,000 unit sebulan selain memiliki stok awal 4,300 unit. Secara purata, tempoh menunggu untuk pelanggan menerima tempahan Alza ialah 10 bulan.

BACA >>> Tempahan Perodua Alza Lebih 30k Unit, Masa Menunggu Cecah 10 Bulan!
BACA >>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!

Status Model Perodua lain?

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, jumlah tempahan Perodua yang masih tertunggak setakat ini sudah mencecah 243,000 unit membabitkan semua model, termasuk Alza.

Purata masa menunggu pula dianggarkan antara enam dan tujuh bulan, bergantung model tertentu.

Zainal Abidin berkata lagi;

Untuk memastikan pelanggan menikmati manfaat pengecualian cukai jualan, saya perlu memastikan semua tempahan itu dikirim sebelum 31 Mac tahun depan.

“Jika melihat pada perancangan pengeluaran semasa dan perkara lain, kalau mahu capai sasaran itu (jumlah tempahan tertunggak), secara purata kita perlu hasilkan 26,000 unit kenderaan sebulan.

“Kalau saya buat 26,000 unit sebulan dari Julai sampai Disember, dicampur dengan 127,000 unit yang dihasilkan antara Januari hingga Jun, maka jumlah pengeluaran (sepanjang 2022) akan lebih 247,800 unit yang disasarkan sebelum ini. Kalau mengikut kiraan, jumlah itu akan lebih 280,000 unit (setahun).”

BACA >>> Perodua Kongsi Masalah Sebenar Pelanggan Lambat Dapat Kereta Baharu
BACA >>> Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu

MASALAH KOMPONEN SEMAKIN PULIH?

Terdahulu, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dalam ucapan pada majlis perasmian Alza (2022) baharu mendedahkan beberapa masalah membelenggu pengeluaran seperti kekurangan semikonduktor dan tenaga kerja di pihak vendor.

Zainal Abidin menjelaskan;

Mengenai (kekurangan) pekerja tadi, saya dimaklumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan pihak vendor situasi itu sudah bergerak. Vendor kita sudah mula mendapatkan pekerja, terutama pekerja asing. Lead time kita difahamkan ialah dua minggu untuk mereka memproses dan sebagainya.

"Kebanyakan vendor kita sedang berikan latihan kepada pekerja (warga asing) dan dijangka selesai tidak lama lagi. Berhubung masalah cip dan semikonduktor, dunia masih berdepan masalah itu.

"Untuk Perodua, kami sudah ambil pihak pembekal alternatif supaya jika syarikat pertama gagal bekalkan komponen, kami boleh dapatkan dari syarikat kedua. Buat masa ini, ia tidak memberikan impak besar ke atas Perodua, sekurang-kurangnya tahun ini."

APA STRATEGI PENGELUARAN?

Mengulas mengenai situasi Perodua memiliki senarai menunggu yang panjang dan cara meningkatkan pengeluaran, Zainal Abidin berkata;

Alza dihasilkan di kilang pengeluaran lama, iaitu Perodua Manufacturing. Satu kilang mengeluarkan Alza, Myvi dan Aruz. Kilang kedua pula hasilkan Bezza, Ativa dan Axia.

"Jika melihat permintaan, ada tiga model menerima permintaan tinggi, iaitu Bezza, Alza dan Myvi. Model Bezza tidak bermasalah kerana tidak mengganggu kapasiti pengeluaran Alza dan Myvi.

"Apa saya perlu urus berhati-hati adalah pengeluaran Alza, Myvi dan Aruz (di kilang lama). Jadi apa kita perlu buat adalah seimbangkannya.

"(Contohnya) tempoh menunggu Aruz ialah tiga bulan dan jika tempoh menunggu Alza lebih tiga bulan, misalnya empat hingga lima bulan, maka kita cuba seimbangkan (jumlah pengeluaran model berdasarkan permintaan)."

BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?
BACA >>> Mikrocip Tak Cukup, GM Hentikan Pengeluaran Chevrolet Camaro
BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Lama Sangat Dapat Motor, Ini Penjelasan Orang Kuat Yamaha
BACA >>> Jualan Perodua Januari-Mac 2022 Naik 6.4 Peratus, 61,624 Kenderaan Terjual!
BACA >>> Lebih 700,000 Pembeli Masih Tak Dapat Kereta, Ada Tunggu Sampai Setahun!

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bekalan Cip, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kekurangan Bekalan Semikonduktor Kereta, Masalah Perodua, Perodua Alza (2022), Roda4, Tan Sri Asmat Kamaludin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev