• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Budak 9 Tahun Maut Dilanggar Hilux Ketika Melintas

Budak 9 Tahun Maut Dilanggar Hilux Ketika Melintas

July 19, 2022 By Farah Leave a Comment

FacebookTwitter

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan maut dilanggar sebuah Toyota Hilux ketika melintas jalan di KM 83 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Peria, Kuala Krai, kira-kira 2.40 petang semalam.

Mangsa, Mohammad Elis Adam Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Sementara, pemandu Hilux yang merupakan warga emas berusia 66 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad, berkata siasatan awal mendapati setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang berada di bahu kiri jalan dipercayai dari kedai mahu pulang ke rumahnya di seberang jalan.

"Mangsa dikatakan terus berlari dan melintas di hadapan Toyota Hilux berkenaan.

"Oleh kerana jarak terlalu dekat, pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan menekan brek lalu melanggar mangsa yang pada ketika itu sedang melintas," katanya.

Dalam kejadian itu, Hilux tersebut dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

BACA>>> Haqiem Stopa Kena Saman Memandu Tanpa Lesen
BACA>>> Cikgu Pergi Tandas, Pelajar Sekolah Memandu Terlajak Masuk Longkang!

SUMBER: BH ONLINE

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: hilux, kanak-kanak maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev