• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / EU Wajibkan Ciri Pengehad Halaju, Kotak Hitam Kenderaan Komersial, Kereta pada 2024

EU Wajibkan Ciri Pengehad Halaju, Kotak Hitam Kenderaan Komersial, Kereta pada 2024

July 14, 2022 By Han Othman Leave a Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM kemajuan teknologi automotif masa kini, aspek prestasi dan keselamatan mesti seiring kerana kereta dan motosikal hari ini bukan saja semakin pantas, tetapi juga selamat.

Kesatuan Eropah (EU) bersedia melaksanakan regulasi baharu untuk menangani masalah kecuaian memandu seawal 2024.

BACA >>> Pengeluar Itali Tamatkan Perang Hadkan Halaju Motosikal Selepas Era Hayabusa

Idea EU mengenai pemasangan ciri baharu itu secara mandatori bagi memantau data pemanduan, dan mengehadkan kelajuan sudah bermula sejak 2018. Pada 2021, Regulasi 2019/2144 disiarkan dalam Official Journal dan mula dilaksanakan pada 2022.

Sebagai permulaan, kereta baharu perlu dilengkapkan Perakam Data Acara (EDR) sebagai ciri standard yang menggunakan teknologi sama seperti kotak hitam digunakan pesawat udara, tetapi tanpa perakam suara.

EDR berfungsi menjejak data pemanduan seperti kelajuan, lokasi dan daya brek dikenakan. Apa perlu diketahui, data EDR hanya direkodkan ketika berlaku kemalangan.

Data direkodkan akan kekal tanpa nama, dan digunakan untuk menambah baik infrastruktur dan kenderaan itu sendiri. Lagi, semua kereta baharu juga akan dipasangkan Bantuan Halaju Pintar (ISA), sama seperti fungsi tradisional Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Sistem ISA akan mengenal pasti had kelajuan pemandu sebelum mengeluarkan amaran bunyi dan visual sebagai peringatan kepada pemandu mengenai had kelajuan dibenarkan. Bagaimanapun, ciri ISA itu boleh dimatikan, dan direka untuk diaktifkan semula setiap kali enjin dihidupkan.

Sama seperti EDR, dekri menyatakan setiap data ISA yang dikumpul akan dirahsiakan. Cara sistem ISA bekerja dapat dilihat dalam klip video di bawah ini. Bersediakah Malaysia melakukannya untuk keselamatan pengguna jalan raya kita?

BACA >>> Muktamad, Jualan Kenderaan Enjin Pembakaran Dalaman Eropah Tamat 2035!
BACA >>> Eropah Panggil Balik Sarung Tangan Alpinestars GP Plus, Ada Kimia Punca Alahan, Kanser

SUMBER: RideApart

Related

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bantuan Halaju Pintar (ISA), Event Data Recorder (EDR), Intelligent Speed Assist (ISA), Kesatuan Eropah (EU), Pengehad Halaju, Perakam Data Acara (EDR), Speed Limiter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my