SUZUKI mengesahkan menarik diri daripada Kejuaraan Dunia MotoGP pada penghujung musim 2022, termasuk juga Kejuaraan Enduran Dunia (EWC).
Polemik tercetus sejak Mei tahun ini apabila pelumba pasukan itu dimaklumkan tentang keputusan tersebut ketika berlangsung pusingan perlumbaan GP di Sepanyol. Berita itu nyata mengejutkan kerana Suzuki baru saja menjadi juara dunia dua tahun lalu selepas dua dekad sepi dalam perlumbaan dunia. Pengeluar itu juga menjadi juara EWC untuk dua tahun berturut-turut pada 2020 dan 2021.
BACA >>> Kontrak Sah Hingga 2023, Dorna Mahu Jumpa, Tak Gembira Hasrat Suzuki Keluar MotoGP
BACA >>> Sah! Suzuki Bincang dengan Dorna Hasrat Tinggalkan MotoGP Akhir Musim Ini
Awalnya, pengendali MotoGP, Dorna tidak bersetuju dengan mengeluarkan kenyataan sesebuah pasukan dalam MotoGP sudah sedia memeterai perjanjian supaya kekal dalam kejuaraan itu hingga tamat kontrak pada 2026. Dorna nampak seperti mengugut mahu mengenakan penalti ke atas Suzuki jika berkeras mahu menarik diri.
Suzuki kemudian menukar kenyataan kepada 'mahu berhenti'.
Namun keputusan terbaharu mengesahkan Suzuki akan meninggalkan MotoGP dengan membayar pampasan kepada Dorna. Mungkin pasukan itu berpendapat pampasan itu lebih murah berbanding kos menyertai MotoGP dan EWC.
Dalam kenyataan dikeluarkan Wakil Pengarah dan Presiden, Toshihiro Suzuki berkata;
Suzuki sudah memutuskan menarik diri daripada MotoGP dan EWC kerana keperluan memperuntukkan sumber kepada inisiatif lain demi kesinambungan. Perlumbaan motosikal selalunya menjadi cabaran untuk inovasi teknikal, termasuk kesinambungan dan perkembangan sumber manusia.
"Keputusan ini bermaksud kami akan menyahut cabaran untuk membina operasi bisnes motosikal baharu dengan menyalurkan kemampuan teknologi dan sumber manusia melalui pengalaman diperoleh dalam perlumbaan motosikal supaya dapat mencari jalan terbaik untuk masyarakat yang lebih mampan."
"Saya ingin menzahirkan perasaan terima kasih kepada semua peminat, pelumba, dan pemegang saham yang menyokong kami sepenuh hati sejak kami kembali berlumba dalam MotoGP.
"Saya akan tetap menyokong usaha Joan Mir, Alex Rins, pasukan Suzuki Ecstar dan Yoshimura SERT Motul dalam baki musim ini."
BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!
BACA >>> Tempahan Banyak Sangat, Suzuki Henti Tawaran 18 Warna Khas untuk Hayabusa
Leave a Reply