SKUTER premium gaya klasik masa kini banyak didominasi pengeluar legenda seperti Vespa. Bagaimanapun, trend itu tidak menghalang beberapa pengeluar turut menghasilkan skuter dengan formula serupa, sama ada dari Jepun atau China yang terkenal dengan model ciplak.
Terbaharu, jenama motosikal asal British, Scomadi memperkenalkan dua model skuter klasik untuk pasaran Jepun, iaitu Turismo Technica 125 (TT 125) dan Technica 125 yang jelas sekali diilhamkan daripada gaya Vespa. Ia dilihat mengambil konsep rekabentuk generasi awal Vespa PX 150.
BACA >>> Indonesia Lancar Helmet Vespa Heritage dengan Gaya Retro, Harga RM324
Apa menarik tentang TT 125 (foto atas, kiri) dan Technica 125?
- Scomadi kini memiliki kilang pembuatan baharu di Thailand selepas berpisah dengan Hanway Motors di China yang memegang hak pengeluaran jenama tersebut.
- Tampil unik dengan enjin terdedah dengan penampilan badan ala kustom.
- Kedua-dua skuter dijana enjin silinder tunggal 124.66cc penyejukan udara yang ditutup casis daripada material plastik dan besi.
- Dilengkapi port USB Type-C dengan QC3.0 yang membolehkan penunggang mengecas peranti pintar ketika menunggang.
- Harga juala 517,000 yen (RM16,770) utuk TT 125 dan 484,000 yen (RM15,700) untuk Technica 125
BACA >>> Vietnam Bakal Hasilkan Vespa Spesial Edisi Justin Bieber?
BACA >>> Art of Speed (AOS) 2022 - Kolaborasi Malaysia-Indonesia Bikin Vespa Klasik Jadi Versi Elektrik!
Leave a Reply