• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SDAC Buka Tempahan Ford Ranger (2022) Serba Baharu yang Lebih Canggih, Hebat!

SDAC Buka Tempahan Ford Ranger (2022) Serba Baharu yang Lebih Canggih, Hebat!

July 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan pratempahan untuk trak pikap Ranger (2022) generasi baharu yang akan mula dijual seluruh negara akhir bulan ini.

Malah, Ranger (2022) generasi baharu yang direka semula menyeluruh itu dijangka memenuhi jangkaan sebagai kenderaan gaya hidup untuk keluarga, riadah dan urusan kerja.

BACA >>> Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas (2022) Buka Tempahan, Harga RM136k!
BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Buka Tempahan di UK, Harga Mula RM316k!

Ford Ranger 2022 - 0
Ford Ranger 2022 - 1

Model serba baharu itu juga dikatakan trak pikap pintar lebih versatil dan berkemampuan dalam siri Ranger setakat ini, dan mampu menjadi teman paling dipercayai untuk menempuh apa saja keperluan dan cabaran dalam rutin harian.

Selain transformasi gaya luaran, Ranger juga menawarkan ruang kabin lebih selesa, premium dan sarat teknologi serta ciri keselamatan termaju.

Pemilik Ranger (2022) generasi baharu juga akan menjadi sebahagian komuniti yang berkongsi minat sama untuk menikmati kehidupan dalam setiap perkara dilakukan.

BACA >>> 6 Ciri Menarik Trak Pikap EV Ford F-150 Lightning, Boleh Jadi Generator Rumah!

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata;

Pelanggan Ranger ialah mereka yang meraikan suasana dan memandang tinggi segenap aspek kehidupan berkualiti.

"Ranger generasi baharu ini ialah kenderaan diperlukan pelanggan untuk menjalani Kehidupan Ranger -mengendalikan kerja mereka, meneroka tanpa rasa takut ke tempat diinginkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan, komuniti dan individu dengan minat sama.”

BACA >>> Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Platform Ford Ranger!

JELAJAH RANGER BAHARU

Satu siri pameran, dipanggil 'Jelajah Lima Lima Lima' untuk model Ranger baharu akan diadakan di lima kawasan seluruh negara, iaitu wilayah Tengah, Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak. Jelajah tersebut akan diadakan lebih lima minggu bermula debut utama pada 22 Julai ini. Ini juga peluang kepada pengguna untuk melihat sendiri Ranger (2022) generasi baharu.

Pengunjung juga akan diperincikan mengenai produk baharu itu, termasuk berbual dengan jurujual, membuat tempahan dan melihat lebih dekat trak pikap terbaharu Ford tersebut.

Peminat Ranger juga boleh mendaftar di laman 'Keep Me Informed' untuk menerima jemputan eksklusif siri jelajah dan mengetahui masa konvoi akan singgah di bandar berdekatan mereka.

BACA >>> Fakta atau Auta: Biar Betul Pergi Kerja Naik Motor Boleh Jimat Sampai RM10k Setahun?

GETAWAYS - Pengalaman Menyeluruh Kehidupan Ranger

  • Ford Ranger Getaways ialah platform kembara dan percutian komuniti untuk menikmati pengalaman unik 'Kehidapan Ranger' melalui siri kembara khas tempatan.
  • Platform untuk individu berkongsi minat dan minda sama dalam mendirikan 'Lingkungan Ford'.
  • Dapat berkumpul dan membina persahabatan serta pada masa sama menikmati kepelbagaian, kemampuan dan potensi penuh Ranger tanpa mengira varian.
  • Pelanggan dapat memilih cabaran atau percutian dimahukan, termasuk pengalaman off-road untuk menguji had trak pikap mereka, menjadi juruterbang sehari, menikmati hari dengan alam semula jadi atau bersantai bersama keluarga.
  • Dapat mengetahui lanjut mengenai aktiviti lain. Jika berminat menempah Ford Ranger Getaways, anda boleh layari pautan ini.

Maklumat lanjut mengenai Ranger (2022) generasi terbaru boleh layari Ford Malaysia di laman media sosial Facebook, Instagram, Twitter, dan Youtube, termasuk laman web www.sdacford.com.my.

BACA >>> Alat Ganti Tulen Ford Lama Boleh Beli di Portal SpareXHub, Diskaun Lebih 60 Peratus!
BACA >>> Azmin: Porsche Percaya Malaysia Pintu Masuk Pasaran Asean
BACA >>> #TahukahAnda: SUV Lebih Berbahaya Berbanding Sedan, Kereta Kecil?

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ford Ranger (2022), Roda4, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Trak pikap, Turse Zuhair

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev