• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

July 6, 2022 By Azhan O Leave a Comment

992
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON kelmarin memperkenalkan kilang barisan pemasangan enjin baharu dan berteknologi tinggi di Tanjung Malim dalam lawatan eksklusif bersama kumpulan media tempatan.

Beroperasi sejak April lalu, fasiliti itu menghasilkan enjin 1.5 TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) yang kali pertama dipasangkan luar China dan juga antara barisan pemasangan enjin automotif tercanggih negara ini.

BACA >>> Sah, Proton Lancar Model Baharu dengan Enjin 1.5L TGDi Tahun Depan!
BACA >> Proton Raja SUV Malaysia, Saga Kekal Model Paling Laris!

Terletak di kawasan Enjin dan Powertrain Proton Tanjung Malim, barisan pemasangan itu dibina di kawasan berkeluasan 18,000 meter persegi dengan kapasiti maksimum semasa 180,000 unit jika beroperasi dalam tiga syif. Projek itu bernilai RM1.8 bilion itu adalah sebahagian pelaburanProton untuk menaik taraf fasiliti di Tanjung Malim melibatkan perkongsian teknologi Geely dengan vendor dan bakat Malaysia

Enjin 3-silinder 1.5 TGDI itu, yang pernah memenangi anugerah dan digunakan beberapa jenama bawah Geely Group, setakat ini digunakan lebih 750,000 kenderaan yang dijual seluruh dunia.

Enjin tersebut menggunakan penyelesaian seperti pengecilan saiz enjin, sistem termal dan pelinciran dioptimum, pengecas turbo inersia rendah, dan GDI yang dihomogenkan, prestasi pemasangan enjin dengan penggunaan bahan api dan emisi rendah adalah memenuhi piawaian Euro6.

Sebagai produk pemasangan tempatan, Proton mendapatkan alat ganti daripada pembekal Malaysia, negara serantau dengan 72 komponen dibekalkan 19 vendor Malaysia dan 4 lagi daripada vendor Asean. Malah pengeluar nasional itu juga menggunakan barisan pemasangan baharu untuk memajukan matlamat pembangunan modal insan, iaitu 202 pekerja diambil bekerja secara langsung di sana.

Dengan purata usia semuda 24 tahun, pekerja di barisan pemasangan tersebut bakal menjadi perintis generasi masa depan sebagai bakat automotif negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;

Barisan pemasangan enjin baharu menunjukkan Proton mengotakan janji kepada pihak berkepentingan. Apabila perjanjian dibuat untuk bekerjasama dengan Geely pada 2017, salah satu komitmen kami adalah melabur dalam industri automotif Malaysia dari segi kewangan dan melalui pengenalan komponen baharu berteknologi tinggi.

"Barisan pemasangan baharu ini memenuhi syarat tersebut selain memberikan laluan kepada Proton untuk menarik dan membangunkan bakat muda yang akan membantu memacu industri automotif dan Proton pada masa depan

Kilang barisan pemasangan baharu itu mempunyai 88 stesen terdiri daripada:

  • 17 stesen automatik
  • 15 stesen semi-automatik
  • 56 stesen manual.

Kilang tersebut dibina menggunakan etos IR 4.0 dengan tahap automasi tinggi untuk meningkatkan produktiviti, dan terletak dalam persekitaran bersih, suhu bilik terkawal dan ada stesen anti-statik untuk melepaskan elektrik statik bagi melindungi komponen elektronik berteknologi tinggi, talian pemasangan bergerak pada sistem penghantar yang bukan
saja lebih lancar tetapi juga lebih bersih, tahan lama dan murah dikendalikan berbanding rantai.

Semua pekerja di barisan pemasangan pula menjalani latihan dengan Geely, manakala pembekal mesin
ialah ABB, COMAU, FEV China, FEV India, WiBeda dan Hangxin selain teknologi Internet of Things (IOT) dalam bentuk alat pengumpulan data intensif dan analisis.

Ini bagi memastikan kualiti produk dihasilkan memenuhi piawaian, termasuk 207 kawalan Error Mistake Proofing (EMP)
dan 34 kamera pintar resolusi tinggi bagi mengelak kecacatan proses dan pemasangan selain mengurangkan masa henti dengan kemampuan mengesan kecacatan yang pantas.

Kualiti adalah keutamaan barisan pemasangan enjin baharu kami. Kami tahu perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Proton mampu membina produk berkualiti tinggi yang boleh dipercayai, jadi
kami tidak meninggalkan apa-apa kepada peluang.

"Selain langkah pemantauan kualiti digunakan di barisan pemasangan, kami juga bekerja rapat dengan rakan sejawat di Geely untuk menyelesaikan masalah dan berkongsi amalan terbaik dalam usaha menghasilkan enjin bertaraf dunia,” kata Roslan.

BACA >>> Proton Sasar Jual 2,000 Unit X70 (2022) Facelift Sebulan
BACA >>> Siapa Sangka Proton Saga Jadi Sedan Terlaris Kenya 2021!

03 1.5TGDi Engine Ready for Line Off
01 ETM Proton Tanjong Malim
02 Engine Line Off and Transfer to Engine Pallet
04 Dyno Test Monitoring
05 Turbo Charger Installation
06 Final Line
07 VVT Sprocket Installation
08 Completed Engine in Storage
09 VVT Back Cover Installation
10 Cold Test Harness Connection Before Test
11 Valve Inlet and Valve Exhaust Assembly
12 Hot Test In Progress
13 ABB Robot for Sealant Application

Related

992
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Enjin 1.5 TGDI, Proton, Proton Tanjung Malim

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev