• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Motor Tunda Motor Guna Kaki Boleh Kena Saman RM75, Penjara Sebulan di Indonesia

Motor Tunda Motor Guna Kaki Boleh Kena Saman RM75, Penjara Sebulan di Indonesia

July 6, 2022 By Shawkath Leave a Comment

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENUNGGANG motosikal yang didapati menunda atau menolak motosikal lain menggunakan kaki boleh dikenakan hukuman denda atau penjara di Indonesia.

Walapun berniat baik mahu membantu penunggang lain yang mengalami kerosakan motosikal, tetapi perbuatan itu sebenarnya diklasifikasikan sebagai melanggar peraturan lalu lintas. Malah kesalahan itu tertulis dalam beberapa prosedur peraturan dan undang-undang trafik di republik tersebut.

BACA >>> Denda RM125, 3 Hari Kerja Komuniti Jika Tak Pakai Ves Pemantul Cahaya di Filipina
BACA >>> Denda Hingga RM2k, Penjara 6 Bulan Jika Guna Nombor Plat 'Fancy'

Pemerhati masalah trafik di Indonesia, Budiyanto dipetik portal Kompas berkata, perkara berkenaan dinyatakan secara jelas dalam Undang-Undang Nombor 22 Tahun 2009 berhubung Pengangkutan dan Lalu Lintas Jalan Raya (UU LLAJ).

Menurutnya;

Sebuah (penunggang) motosikal yang berniat menunda atau menolak motosikal lain adalah satu kesalahan trafik dan boleh dikenakan tindakan, seperti dalam Artikel 287 Perenggan 6, dengan penjara maksimum satu bulan atau denda Rp250,000 (RM74).”

Budiyanto juga berkata, jika penunggang motosikal didapati menunda atau menolak motosikal lain, tindakan itu berisiko mengancam keselamatan diri dan pengguna lain.

BACA >>> Basikal Tiada Loceng Denda RM2k, Guna Lebuh Raya Denda RM5k, Jel Setahun

Sementara itu, Artikel 105 UU LLAJ juga menyatakan semua individu yang menggunakan jalan raya perlu berkelakuan baik dan/atau mencegah perbuatan yang boleh mengancam keselamatan trafik (pengguna lain).

Artikel 106 Perenggan 4 dalam undang-undang sama pula menyatakan, semua pengguna kenderaan bermotor di jalan raya perlu patuh kepada peruntukan akta, termasuk prosedur menunda atau mengikat pada kenderaan lain.

Artikel 311 Perenggan 1 UU LLAJ mengingatkan sesiapa yang segaja memandu kenderaan bermotor dengan tingkah laku atau keadaan membahayakan nyawa atau harta, boleh dipenjara hingga satu tahun atau denda maksimum Rp3 juta (RM880).

BACA >>> India Wajibkan Penunggang, Pembonceng Pakai Helmet, Gagal Patuh Kena Kompaun RM30!
BACA >>> Wheelie, Drift di Austria Boleh Kena Sita, Denda Hingga RM47k!
BACA >>> Penjara, Denda Lebih RM5k Jika Dedah Lokasi Operasi Polis

SUMBER: Kompas

Related

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Indonesia, Pengangkutan dan Lalu Lintas Jalan Raya (UU LLAJ), roda2, tunda motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev