PENGEDAR rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan model kenderaan pelbagai guna segmen-D, Nissan Serena S-Hybrid (2022) versi dipertingkat yang hadir dengan sentuhan premium dan sistem keselamatan termaju.
Ada dua varian ditawarkan: Premium Highway Star dan Highway Star. Berikut perinciannya:
BACA >>> Inilah 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Nissan Serena S-Hybrid (2018)
BACA >>> Nissan Serena XV Aero (2022) yang Lebih Aerodinamik Lancar di Jepun, Harga Mula RM107k
HARGA
- Premium Highway Star - RM162,888
- Highway Star - RM149,888
* Harga tidak termasuk insurans.
WARNA
Secara am, varian tertinggi Premium hadir dalam warna dwi-tona, manakala Highway Star standard dengan konsep warna badan menyeluruh.
- Premium Highway Star - Dark Metal Grey (kelabu), Brilliant White (putih), Radiant Red (merah) dan Diamond Black (hitam). Bumbung pula berwarna hitam.
- Highway Star - Brilliant White (putih), Tungsten Silver (perak) dan Diamond Black (hitam).
TRENKUASA
- Trenkuasa 4-silinder 16-injap 1,997cc DOHC dengan teknologi CVTC kembar (Kawalan Injap Pemasaan Pemboleh Ubah Berterusan - CVTC) dengan sistem suntikan bahan api yang menawarkan kuasa 148hp @ 6,000rpm dan tork
200Nm @ 4,400rpm. - Ada tambahan unit motor Eko dengan ciri Tenaga Elektrik Regeneratif dan bateri kedua, sistem mula-henti dan Bantuan Tork.
- Transmisi jenis X-TRONIC CVT dengan Kawalan Syif Adaptif (ASC).
LUARAN
- Lampu utama projektor LED automatik dengan ciri suluhan tinggi automatik (AHB) dan lampu signatur LED. Ada lampu kabus depan dengan lampu siang (DRL).
- Pintu sisi kuasa jenis gelungsur bebas tangan dan pintu but kembar dengan spoiler bumbung.
- Dimensi panjang 4,770mm, lebar 1,740mm, tinggi 1,865mm dan memiliki jarak roda 2,860mm. Radius pusingan 5.5 meter
- Sistem suspensi jenis strut MacPherson untuk roda depan dan gandar kilas rasuk (torsion beam) di belakang.
- Rim aloi 15 inci dengan tayar 195/65 untuk varian Highway Star, manakala Premium, 16 inci, dan tayar 205/55.
DALAMAN
- Stereng kulit dengan butang audio dan ciri Kawalan Jelajah.
- Kluster meter 7 inci warna penuh dengan Bantuan Paparan Pemanduan Termaju (ADAD).
- Menggunakan Kunci Pintar (I-Key) dengan butang tekan mula, dan dilengkapi enam unit pembesar suara.
- Kerusi sifar graviti (gravity zero) untuk pemandu, penumpang depan dan tempat duduk barisan kedua.
- Ada tujuh soket USB dan kerusi kapten (baris kedua) didatangkan bersama perehat tangan dengan fungis gelungsur.
KESELAMATAN
Serena S-Hybrid (2022) kini didatangkan dengan pakej perlindungan menyeluruh Mobiliti Pintar Nissan (NIM) yang membantu meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang seperti berikut:
- Amaran Ramalan Perlanggaran Depan Pintar
- Brek Kecemasan Depan Pintar (IFEB)
- Amaran Titik Buta (BSW)
- Amaran Keluar Lorong (LDA)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Monitor Paparan Keliling Pintar
- Pengesan Objek Bergerak Pintar
- Kesedaran Pemandu Pintar
- 6 beg udara SRS
- Bantuan Mula Daki (HSA)
- Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC)
- Sistem Kawalan Traksi (TCS)
APA BERBEZA
- Varian Premium dilengkapi ciri seperti visor pintu, bekas pelapik but belakang (trunk tray), tikar bekas pelapik Tech On (tray mat), monitor bumbung 11.6 inci, perakam video digital (DVR) dwi-saluran, lampu kabin LED dan cermin gelap V-Kool.
- Semua ciri ditawarkan sebagai pilihan untuk pembeli varian Highway Star.
- Varian Premium juga dilengkapi unit inforainment skrin sentuh 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. (skrin Highway Star 6.75 inci).
- Premium juga menerima material kerusi kombinasi kulit Nappa (Highway, fabrik).
Leave a Reply