• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sah, Proton Lancar Model Baharu dengan Enjin 1.5L TGDi Tahun Depan!

Sah, Proton Lancar Model Baharu dengan Enjin 1.5L TGDi Tahun Depan!

July 5, 2022 By Han Othman Leave a Comment

814
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON bakal memperkenal tiga model baharu pada 2023 dan 2024 dengan enjin 1.5L TGDi yang dipasangkan dan diuji di Kilang Proton Tanjung Malim.

Berita itu didedahkan Proton kepada media tempatan yang melakukan lawatan kilang pemasangan enjin 1.5L TGDi di Tanjung Malim hari ini, yang juga pertama di luar China. Kini semua enjin 1.5L TGDi untuk model X70 dan X50 baharu, termasuk model Proton akan datang akan dihasilkan di fasiliti berkenaan.

BACA >>> Proton Mahu Lancar Tiga Model Baharu, Adakah X90 Masuk Senarai?

Menurut Proton, enjin TGDi dari Kilang Proton Tanjung Malim mampu mencapai 70 peratus penggunaan komponen tempatan melibatkan. 72 komponen daripada 19 syarikat tempatan dan empat negara Asean. Malah enjin sedia ada kini sudah menggunakan 30 peratus komponen tempatan.

MODEL PROTON BAHARU

Proton tidak mendedahkan model manakah bakal dilancarkan dulu. Namun, berdasarkan slaid pembentangan, kami menjangka kemungkinan besar model itu ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi, 'X90' yang sebelum ini pernah tular dengan foto intip sedang melakukan ujian enduran.

Satu lagi model baharu diramalkan adalah pengganti Exora, 'X80' manakala model ketiga kemungkinan pengganti Preve yang sudah lama dihentikan pengeluaran.

Sebagai makluman nama x90 dan x80 sudah didaftarkan Proton di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

BARISAN PEMASANGAN ENJIN TGDi

Enjin 1.5L TGDi baharu Proton akan dipasangkan di Fasiliti Barisan Pemasangan Enjin di Kilang Proton Tanjung Malim berkeluasan 18,000 meter persegi yang mampu menghasilkan 180,000 unit enjin setahun.

ENJIN 1.5 TGDi

Berikut spesifikasi asas barisan enjin TGDi digunakan model Proton akan datang:

  • 3-silinder sebaris 1477cc DOHC dengan saiz gerek 82mm dan lejang 93.2mm.
  • Unit turbo suntikan terus (TDi) mampu menghasilkan kuasa 130kW @ 5,500rpm, dan tork 255 @ 1,500rpm
  • Unit turbo biasa (port fuel injection) menghasilkan kuasa 110kW @ 5,500rpm, dan tork 226 @ 1,500rpm

Menariknya, enjin ini juga mampu dibangunkan sebagai trenkuasa dengan bahan api alternatif dan elektrifikasi (dalam pembangunan.).

BACA >>> Proton Raja SUV Malaysia, Saga Kekal Model Paling Laris!
BACA >>> Proton Daftar X80, X90, SUV Baharu dan Pengganti Exora Bakal Muncul?

Related

814
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Enjin 1.5L TGDI, kilang proton, Kilang Proton Tanjung Malim, Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my