ASYIK lançar model baharu, tetapi asyik tiada stok dan perlu menunggu lama. Itu antara maklum balas kami terima daripada kalangan pembaca yang hendak membeli motosikal Yamaha.
Rata-rata pembeli meluahkan kekecewaan dan mengakui terpaksa menunggu lama hingga kadangkala mengambil masa beberapa bulan untuk menerima unit dibeli. Apa masalah sebenar dihadapi Hong Leong Yamaha Motor (HLYM)?
PanduLaju sempat bertemu Pengarah Urusan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Dr Jim Khor dan mengajukan persoalan mengenai kesukaran mendapatkan motosikal Yamaha di pasaran.
Beliau berkata;
Jika masih ingat, tahun lalu ada bencana banjir (di Shah Alam) dan menyebabkan gangguan terhadap pengeluaran trenkuasa motosikal Yamaha. Kejadian itu juga menyebabkan bekalan alat ganti turut terjejas.
“Ini menyebabkan bekalan pengeluaran motosikal di kilang terjejas. Terdahulu, pandemik Covid-19 juga memberi kesan kepada aktiviti pembuatan motosikal (di kilang) kami.”
BACA >>> Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
HLYM ada mengimport dan menerima komponen dari pelbagai negara seperti Indonesia, Vietnam, Thailand, India, Jepun, China. Semasa perintah berkurung, berlaku gangguan mendapatkan sebahagian besar komponen dari negara asing yang menjejaskan pengeluaran HLYM.
Jim Khor berkata, pihaknya ketika ini sedang menstabilkan situasi tetapi berdepan cabaran kerana permintaan motosikal Yamaha bertambah setiap hari.
Kilang kami masih belum mencapai kapasiti pengeluaran penuh. Jika bekalan komponen dan bahan mentah kembali stabil, masalah seperti ini tidak akan berlaku.
“Kami juga boleh berusaha memenuhi volum tempahan dan mengurangkan masa pelanggan menunggu (mendapatkan motosikal). Tiada masalah mengenai soal kapasiti pengeluaran di kilang.”
BACA >>> Yamaha 135LC Fi (2022) Dicipta Khas untuk Malaysia, HLYM Jawab Kenapa Tiada Klac Tangan
Secara am, isu banjir itu menyebabkan masalah bekalan berlaku sepanjang tempoh empat bulan. Sumber PanduLaju mendakwa insiden banjir di Shah Alam, Selangor menyebabkan kira-kira 6,000 unit komponen trenkuasa siri LC terjejas dan HLYM memilih untuk tidak meneruskan penggunaan komponen berkenaan.
Apabila ditanya mengenai masalah bekalan terjejas, Jim Khor berkata;
Ada banyak komponen terjejas. Ini terdiri daripada bekalan bahan mentah hingga masalah kekurangan mikrocip global. Jika salah satu komponen tidak diterima, kami tidak dapat meneruskan pembuatan motosikal.
“Ini masalah sebenar kami hadapi (dan menyebabkan) tersasar dari rancangan asal. Masalah bekalan ini membabitkan pihak vendor, kami dan negara pengeksport ketika Covid-19.”
Beliau berkata lagi;
“Dari sekarang, masa menunggu akan berkurangan secara berperingkat dan mengisi semula bekalan ke dalam pasaran. Ini kerana stok kami di pasaran sudah habis. No market stock. Apabila kami tak dapat tawarkan ke pasaran, jualan kami juga jatuh.”
Menurutnya, setiap kali krisis global berlaku, situasi itu sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti pembuatan kerana ada penggantungan kepada komponen luar negara.
Apapun, krisis kejatuhan nilai matawang ringgit tidak memberi impak terhadap aspek dan volum pembuatan. Jika ada, ia lebih tertumpu kepada aspek penentuan harga produk.
BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?
BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Pengeluar AS, Eropah Pening Kepala Isu Gangguan Bekalan Komponen Sensor Brek ABS
BACA >>> Trafik KL ke-210 Paling Sesak Dunia ,Terutama Rabu
Leave a Reply