PROJEK menghasilkan van penumpang berkuasa luar biasa bukan kerja aneh. Memang ada saja pengeluar yang muncul dengan projek van prestasi yang menggiurkan.
Projek terbaharu itu dapat dilihat melalui Ford Pro Electric SuperVan berkuasa 2,000hp dengan pecutan 0-100kmj di bawah 2 saat! Van iatu adalah kesinambungan siri Supervan Ford sejak berdekad lalu.
BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom - Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty
BACA >>> Fakta Unik, Van Komersial Ford Transit Custom Jadi Kenderaan Kedua Terlaris di Britain
Bagaimanapun, Ford Pro Electric SuperVan bukan untuk dijual kepada umum, tetapi cuma kenderaan elektrik (EV) versi demonstrasi yang dibangunkan Ford Performance secara rahsia bersama pakar rali dan perlumbaan elektrifikasi dari Austria, STARD.
Rekabentuk van itu dihasilkan pusat rekabentuk Ford Design di Cologne, Jerman. Berikut ciri Ford Pro Electric SuperVan:
Trenkuasa
- Empat motor elektrik dengan sistem pacuan semua roda (AWD).
- Pek bateri 50kWj penyejukan cecair yang dipasang untuk agihan berat optimum dan pusat graviti rendah.
- Cas penuh sekitar 45 minit menggunakan pengecas EV pantas standard.
Rekabentuk Luaran
- Direka Ford Design, Cologne, Jerman.
- Komponen menggunakan input Ford Performance dan STARD seperti spliter depan, skirt sisi, difuser belakang.
- Rekabentuk belakang radikal dengan potongan ke dalam dan sirip menghala ke spoiler belakang bagi menjana daya mendap dan lebih cengkaman di litar.
- Mengekalkan ciri van dengan muatan di belakang dan pintu di sisi.
Casis dan Suspensi
- Kombinasi Lantai Ford E-Transit Custom dengan kerangka ruang (spaceframe) besi dan panel badan daripada komposit.
- Subfrem depan dan belakang lumba.
- Suspensi double wishbone dengan ukuran tidak sama panjang.
- Rangka keselamatan penuh.
Sistem Elektronik dan Mod Pemanduan
- Skrin sentuh SYNC diambil daripada Mustang Mach-E yang mengawal sistem konektiviti canggih dan maklumat.
- Dilengkapi fungsi perancangan laluan, carian pengecas, sambungan WiFi dan membuat panggilan telefon melalui skrin SYNC.
- Opsyen mod pemanduan melalui skrin bagi menetapkan tork, brek regeneratif dan respons kawalan seperti berikut:
- Road: Pemanduan normal.
- Track: Untuk mengimbangkan kelajuan dan selekoh di litar menggunakan tayar slik.
- Drag: Untuk pecutan maksimum di litar drag menggunakan tayar lumba drag.
- Drift: Untuk drift, demonstrasi dan pemanduan ketika salji.
- Rally: Untuk prestasi optimum atas jalan berturap dan kelikir dengan tayar khas.
- Kawalan traksi, kawalan mula pandu dan pengehad halaju laluan pit.
- Tiga tahap brek regeneratif sama seperti Mod L pada van E-Transit.
- Mod ECO untuk kecekapan optimum.
- Butang E-Boost untuk lonjakan kuasa dan tork sementara.
- Mod Tyre Cleaning dengan fungsi brek sebelah roda dan sebelah lagi diligatkan untuk aksi burnout bagi membersihkan dan memanaskan tayar sebelum beraksi.
- Fungsi penghantaran data masa nyata untuk pengurusan kenderaan dari jauh.
- Boleh diawasi jurutera Ford Performance menerusi perisian pengurusan khas dan menterjemah data kepada maklumat seperti kelajuan, masa pusingan dan sistem kenderaan.
Ford Pro Electric SuperVan ini dipandu Romain Dumas dalam acara permotoran Goodwood dan pernah mencatatkan rekod di Goodwood dan Pikes Peak, termasuk menang empat kali perlumbaan enduran 24 Hours of Nürburgring.
Siri SuperVan Ford pertama dimulakan pada 1971 dengan Transit Mk.1 yang dikuasakan enjin Ford GT40 dengan menjuarai perlumbaan Le Mans. SuperVan 2 pula menyusul melalui van Transit Mk.2 dengan badan dibuat daripada gentian kaca dan enjin Cosworth V8 berkuasa 590hp yang digunakan kereta lumba Ford C100.
SuperVan 3 pula menggunakan enjin Cosworth HB 650hp yang dikongsikan daripada jentera Formula Satu (F1).
BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Buka Tempahan di UK, Harga Mula RM316k!
BACA >>> Risau Terlajak Laju? Ford Kaji Sistem Tetapan Had Laju Automatik!
Ford Pro Electric SuperVan
Siri Ford SuperVan:
Leave a Reply