• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Forte Nombor Satu dalam Kajian Kualiti Segmen Kompak J.D. Power 2022 di AS!

Kia Forte Nombor Satu dalam Kajian Kualiti Segmen Kompak J.D. Power 2022 di AS!

July 29, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELALU kita dengar kereta buatan Kia bagus belaka kerana menawarkan pakej menarik. Bagaimanapun, dakwaan tersebut memerlukan sokong daripada bukan hanya pengguna, tetapi juga pakar.

Antara persatuan bebas dan diyakini  dalam membuat tinjauan mengenai produk automobil ialah J.D. Power menerusi Kajian Kualiti Awalan (IQS) di Amerika Syarikat (AS) yang baru saja mengeluarkan laporan edisi 2022.

BACA >>> Kia Carnival (2022) CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM233k!
BACA >>> Kia Forte GT (2020) - 'Stinger Kecil' dengan Prestasi Sporty dan Kemasan Mewah

IQS AS sudah beroperasi selama 36 tahun, manakala kajian 2022 dibuat berdasarkan respons 84,165 pembeli dan pemajak kenderaan model 2022 dan dalam tempoh pemilikan awal. Kajian tahun ini dibuat bermula Februari hingga Mei membabitkan 189 model daripada 26 segmen kenderaan.

Tahukah anda model mana yang memenangi kategori kereta kompak?

Sebelum itu perlu dijelaskan, segmen kereta di AS tidak sama dengan klasifikasi kenderaan negara lain. Jawapan kepada soalan tadi ialah Kia Forte, manakala tempat kedua dan ketiga ialah Toyota Corolla dan Nissan Sentra.

Menariknya, Forte menduduki tangga teratas selama empat tahun berturut-turut. Forte atau Cerato kini sudah memasuki generasi ketiga sejak pada 2018 dengan rekabentuk serba baharu diperkenalkan pada 2021.

Di sebalik keputusan diperoleh, masalah kenderaan juga tertinggi atau paling banyak sepanjang 36 tahun kajian dibuat atau dalam bahasa mudah, kualiti kenderaan merosot. Puncanya melibatkan pelbagai isu seperti rantaian bekalan, tenaga kerja dan harga tinggi.

Berbanding keputusan 2021, masalah untuk setiap 100 kenderaan (PP100) meningkat 11 peratus kepada purata 180 PP100. Penilaian IQS dibuat berdasarkan 223 soalan yang dibahagikan kepada sembilan kategori seperti infotainment, ciri, kawalan dan paparan, luaran, dalaman dan teknologi bantuan pemanduan. Turut dinilai ialah trenkuasa, kerusi, pengalaman pemanduan dan suhu.

Kajian buat bagi memberikan maklumat kepada pengeluar untuk mengenal pasti masalah dan menambah baik produk.

BACA >>> Edisi Khas 'Shadow' Ada di UK, Harga RM78k! Apa Khabar Kia Picanto Malaysia?
BACA >>> Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design

Kia Forte 2022 AS.01
Kia Forte 2022 AS.02
Kia Forte 2022 AS.03
Kia Forte 2022 AS.04
Kia Forte 2022 AS.05
Kia Forte 2022 AS.06

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: J.D Power, J.D. Power 2022 U.S. Initial Quality Study, Kajian Kualiti, Kajian Kualiti Awalan J.D. Power AS 2022, Kia, Kia Cerato, Kia Forte

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev