• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai IONIQ 6 Diperkenal dengan Rekabentuk Jauh Berbeza daripada IONIQ 5!

Hyundai IONIQ 6 Diperkenal dengan Rekabentuk Jauh Berbeza daripada IONIQ 5!

July 27, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS memperkenalkan IONIQ 5, Hyundai kini kembali dengan model elektrik terbaru IONIQ 6.

IONIQ ialah siri kereta elektrik yang diangkat daripada model hibrid Hyundai sebelum ini. Komited dengan elektrifikasi, kedua-dua IONIQ dan IONIQ 5 turut ditawarkan di negara kita.

BACA >>> Hatchback EV, Hyundai IONIQ 5 (2022) Buka Tempahan di Malaysia, Lancar Bulan Ini!
BACA >>> #PanduUji: 6 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Hyundai Ioniq

Berbeza IONIQ 5 yang datang dalam bentuk hatchback saiz besar dan dinamakan Hyundai sebagai CUV (kenderaan utiliti crossover), IONIQ 6 pula digambarkan sebagai sedan elektrik Electrified Streamliner dengan bentuk badan membujur ke belakang yang dibuat atas faktor aerodinamik.

Kehadiran IONIQ 6 sudah diberi bayangan awal melalui pendedahan model konsep Prophecy EV yang mengetengahkan karakter tenang, garis badan ringkas dan bentuk aerodinamik dipanggil pereka Hyundai sebagai 'Kecekapan Emosi' (Emotional Efficiency).

Sama ada boleh diterima ramai atau tidak, model itu perlu diadili secara berdepan seperti mana IONIQ 5. Tambahan pula, Hyundai sejak dulu mempunyai cita rasa rekabentuk unik dan terbaharu dapat dilihat pada kenderaan pelbagai guna (MPV), Staria.

Satu lagi falsafah dipegang Hyundai adalah strategi rekabentuk Hyundai Look yang mana setiap model mempunyai penampilan unik seperti karakter permainan catur. Hyundai menggunakan pendekatan pelbagai gaya hidup berbanding kaedah satu gaya untuk semua.

Justeru dapat difahami alasan model Hyundai tidak direka seragam atau dalam konteks ini, gaya IONIQ 5 dan IONIQ 6 nyata berbeza. Berikut ciri IONIQ 6:

Rekabentuk dan Ciri Aerodinamik

  • Pekali seretan (Cd) 0.21 sahaja.
  • Muncung depan rendah, flap udara (air flap) depan aktif, plat pengecilan jurang roda pada sisi bampar dan pilihan cermin sisi digital.
  • Spoiler dengan winglet, struktur kecil ala ekor bot dan pengasingan perangkap pada dua sisi bampar belakang.
  • Penutup penuh bawah kereta.
  • Lebih 700 lampu Parametric Pixels untuk lampu utama, lampu belakang, sensor depan, kemasan saluran udara dan indikator konsol tengah.
Dalaman dan Casis

  • Dalaman dengan pengaruh kepompong (cocoon).
  • Dibina berasaskan Platform Electric Global Modular (E-GMP).
  • Penggunaan E-GMP membolehkan pereka memanjangkan rupa dalaman, depan dan belakang untuk ruang kaki optimum dan keluasan bagi keselesaan penumpang.
  • E-GMP juga membolehkan lantai direka rata sepenuhnya.

  • Papan pemuka dengan skrin infotainmen 12 inci dan kluster digital 12 inci yang disepadukan. Tiada skrin horizontal ala tablet pada papan pemuka.
  • Pencahayaan Dual Colour Ambient Lighting dengan pilihan 64 warna dan enam tema dwi-warna bagi mewujudkan ambien dalaman tenang dan selesa.
  • Lampu empat poin Interactive Pixel Lights pada stereng untuk memudahkan komunikasi antara pemandu dan kereta.
  • Tiada butang pada pintu depan untuk ekstra ruang simpanan.
  • Penggunaan bahan kitar semula seperti fabrik PET pada kerusi, cat bio daripada minyak sayuran dan jala ikan.

Maklumat lanjut mengenai IONIQ 6 akan didedahkan pada pelancaran penuh pada Julai ini. Apa yang jelas IONIQ 6 bukan lagi mengenai kecantikan, tetapi lebih kepada penyataan mengenai era peralihan kenderaan elektrik Hyundai!

BACA >>> Hyundai IONIQ 5 (2023) Diperkenal untuk Pasaran Eropah dengan Lapan Varian
BACA >>> Hyundai Palisade (2023) Diperkenal di AS, Model Facelift yang Nampak Macam Baharu!

IONIQ 6.09
IONIQ 6.01
IONIQ 6.02
IONIQ 6.03
IONIQ 6.13
IONIQ 6.04
IONIQ 6.05
IONIQ 6.06
IONIQ 6.07
IONIQ 6.08
IONIQ 6.10
IONIQ 6.11
IONIQ 6.12
hyundai-ioniq6-2022-1
hyundai-ioniq6-2022-2
hyundai-ioniq6-2022-3
hyundai-ioniq6-2022-4
hyundai-ioniq6-2022-5

Related

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hyundai, Hyundai IONIQ 6, IONIQ 6, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev