BERMAZ Motor Trading mengumumkan pra-tempahan untuk model kenderaan bateri-elektrik (BEV) pertama Malaysia, Mazda MX-30 pada harga permulaan serendah RM198,780.
Model import dari Jepun (CBU) itu didatangkan dalam dua varian pilihan untuk pelanggan yang mahukan kenderaan elektrik tanpa mengorbankan kepuasan pemanduan.
BACA >>> Bermaz Tayang SUV EV Mazda MX-30, Bakal Masuk Malaysia!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?
Berikut perincian Mazda MX-30 (2022):
1. ADA BERAPA VARIAN
- Dua varian diperkenalkan: EV Mid dan EV High.
- Buat masa ini, Bermaz Motor tiada perancangan menambah varian pilihan.
2. HARGA MX-30
- Harga varian EV High, RM198,780, manakala varian EV Mid akan dimuktamadkan kelak.
3. PILIHAN TRENKUASA
- MX-30 ialah kenderaan BEV dengan Motor Segerak Magnet Kekal (Permanent Magnet Synchronous Motor - PMSM).
- Pek bateri voltan tinggi menghasilkan output 35.5kWh untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Pek bateri litium-ion ada sistem penyejukan tersendiri.
- Sistem pacuan roda depan (FWD) untuk kedua-dua varian. Motor elektrik mampu menghasilkan kuasa 107kW (143hp) dan tork 271Nm.
4. BERAPA JARAK PEMANDUAN
- Anggaran jarak pemanduan untuk setiap cas bateri penuh ialah 199km, tetapi bergantung situasi dan gaya pemanduan, termasuk faktor suhu.
5. MODEL CBU SAHAJA
- MX-30 diimport dari Jepun dan belum ada sebarang rancangan menjadikan produk itu model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Inokom Kulim, Kedah.
6. BILAKAH BOLEH TEMPAH DAN MASA KIRIMAN DIBUAT?
- Pelanggan boleh membuat tempahan bermula hari ini, 29 Jun, tetapi hanya di bilik pameran Mazda Glenmarie.
- Kiriman dijangka bermula seawal suku keempat tahun ini, bergantung situasi jika tiada sebarang gangguan bekalan kenderaan dan alat ganti Jepun.
BACA >>> Mazda MX-30 Dipilih Kereta Paling Cantik 2020 di Jepun!
BACA >>> Mazda CX-30, MX-30 Raih Anugerah Red Dot: Product Design 2020
7. SENARAI PILIHAN WARNA
Ada lima pilihan warna ditawarkan untuk edisi 2022 iaitu:
8. JAMINAN
- Dipakejkan dengan waranti pengilang lima tahun atau 100,000km (mana satutiba dulu), tidak termasuk pek bateri litium-ion.
- Waranti bateri litium-ion atau bateri EV pula hingga lapan tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu).
9. KAEDAH DAN ALAT PENGECAS
- Menggunakan kabel pengecas Type 2 (normal) dan juga CCS2 untuk DC (pengecasan pantas).
- Pembeli akan menerima pengecas mudah alih AC, tidak termasuk pengecas EV untuk dipasang di kediaman. Bagaimanapun, Bermaz akan memberi khidmat nasihat dan saranan jika pelanggan bercadang memasang kotak pengecas di rumah.
BACA >>> #TMS2019: MX-30 - Model EV Pertama Mazda dengan Pintu Ala RX-8
10. TEMPOH PENGECASAN
Kedua-dua varian memerlukan tempoh masa sama mengecas bateri dengan perbezaan masa cuma membabitkan kaedah pengecasan dan voltan:
Pengecasan AC (normal) untuk capai kapasiti 100 peratus:
- 3kW - 12 jam
- 6.6kW - 5 jam
Pengecasan DC (pantas) untuk capai kapasiti 80 peratus:
- 40kW - 36 minit
11. PAKEJ KESELAMATAN TERMAJU
Dilengkapi pakej Teknologi Keselamatan Termaju i-Activsense untuk melindungi pemandu dan penumpang dalam setiap perjalanan, seperti:
- Pemantau Titik Buta (BSM)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Sistem Amaran Pergerakan Keluar Lorong (LDWS)
- Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dengan Pemantau Pemandu
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS)
Varian EV High menerima tambahan ciri keselamatan Lampu Utama Adaptif (ALH), Amaran Trafik Lintas Depan (FCTA) dan Sokongan Trafik dan Jelajah (CTS).
12. APA BEZA MID DAN HIGH?
- Rim aloi: Mid perak, High cerah
- Lampu utama: Mid LED, High LED Signatur
- Bumbung suria: High dilengkapi ciri ini dengan kaca cermin boleh miring
- Cermin pandang belakang: Mid ada frem, High tanpa frem
- Fungsi kerusi depan boleh laras: Mid manual 6-tetapan (pemandu dan penumpang), High elektrik 8-tetapan (pemandu), manakala penumpang depan manual 6-tetapan.
- Material kerusi: Mid Fabrik, High kombinasi fabrik dan kulit tiruan (leatherette).
- Pembesar suara: Mid, lapan pembesar suara, High, 12 unit pembesar suara Bose
- Kamera undur: Mid kamera biasa, High monitor 360º
Leave a Reply