• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic UK Cuma dalam Enjin Hibrid Sahaja Tanpa Turbo, Harga Mula RM159k!

Honda Civic UK Cuma dalam Enjin Hibrid Sahaja Tanpa Turbo, Harga Mula RM159k!

July 25, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERMINTAAN terhadap sedan segmen-C di pasaran tempatan agak kurang meriah berbanding sebelum ini yang dikatakan kesan populariti kenderaan utiliti sukan (SUV). Fenomena itu juga selari trend automobil global.

Namun, Honda masih kekal yakin dengan Civic yang dapat dilihat menerusi hebahan dan kempen diadakan. Walaupun reaksi terhadap Civic generasi ke-11 (FE) bercampur-campur, tetapi masih tidak susah melihat model itu atas jalan raya yang menandakan sedan tersebut ada kelompok peminat tersendiri.

BACA >>> Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!

Di Britain, Civic sejak sekian lama ditawarkan dalam gaya badan hatchback. Bukan saja hatchback, pengguna Eropah sebelum ini turut ditawarkan model Type R yang dibikin khas untuk pasaran rantau itu.

Bagi model terbaharu, Civic versi Britain ditawarkan dengan trenkuasa hibrid atau e:HEV sahaja, iaitu tanpa enjin 1.5L VTEC Turbo seperti ditawarkan di Malaysia. Sebagai rujukan, ada tiga jenis sesaran enjin Civic di Britain sebelum ini, iaitu 1.0L Turbo 3 silinder, 1.5L Turbo dan 2.0L Turbo untuk Type R.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM114,800

Keputusan Honda UK itu tidak memeranjatkan kerana negara itu berada dalam fasa peralihan kepada kenderaan elektrifikasi dengan lebih meluas. Lebih utama, ia dibuat berdasarkan strategi Electric Vision Honda yang mahu menawarkan kereta penumpang massa dengan teknologi elektrifikasi menjelang akhir 2022.

Kini semua model Honda UK seperti Jazz, CR-V, dan HR-V menggunakan nadi hibrid, manakala Honda e pula dijana elektrik penuh. Strategi ini membuatkan ramai tertanya, apakah nasib Civic Type R nanti? Ada tiada lagi di Britain?

Pakej trenkuasa Civic e:HEV terdiri daripada enjin pembakaran dalaman 2.0L kitaran Atkinson dengan dua motor elektrik dan teknologi i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) dengan total kuasa 315Nm. Di Britain, Civic ditawarkan dalam tiga varian: Elegance, Sport dan Advance.

Model aras mula, Elegance dilengkapi komponen standard seperti rim aloi 17 inci, kerusi fabrik, sensor parkir depan dan belakang, kamera belakang, unit infotainmen 7 inci, lapan pembesar suara, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, dan sistem navigasi.cVarian ini ditawarkan pada harga £29,595 (RM158,980).

Varian Sport pula dilengkapi kerusi kombinasi fabrik dan kulit tiruan, pedal sport, lampu kabus LED, cermin sisi dan frem cermin hitam serta rim aloi hitam 18 inci pada harga £30,595 (RM164,350).

2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV

Civic paling premium, Advance dilengkapkan ciri bumbung panoramik, lampu utama Suluh Pandu Adaptif (Adaptive Driving Beam, ADB), paparan multi-info (MID) 10.2 inci dan sistem bunyi premium BOSE Centrepoint dengan 12 pembesar suara. Varian ini juga dilengkapi rim dwi tona hitam dan kemasan berlian 18 inci, kerusi kulit dan stereng dengan fungsi pemanas.

Harga pula lebih mahal, iaitu bermula £32,995 (RM177,240).

Semua varian Civic versi Britain dilengkapi teknologi keselamatan pemandu Honda SENSING dengan ciri terbaharu Bantuan Kesesakan Trafik (TJA).

BACA >>> Honda Dedah Lakaran SUV Elektrik Prologue (2024), Kerjasama dengan GM
BACA >>> Honda Amerika Kongsi Gambar CR-V (2023)! Bakal Lancar Tahun Ini!

Honda Civic eHEV 2022.01
Honda Civic eHEV 2022.02
Honda Civic eHEV 2022.03
Honda Civic eHEV 2022.04
Honda Civic eHEV 2022.05
Honda Civic eHEV 2022.06
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV
2022 Honda Civic e:HEV

Related

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Electric Vision Honda, Honda, Honda Civic, Honda Civic e:HEV, Honda Civic FE, Honda Civic UK, Honda UK, Roda4, sedan segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev