• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dokumen Bocor Dedah Vietnam Tunggu Masa Lancar Yamaha YZF-R15M (2022)

Dokumen Bocor Dedah Vietnam Tunggu Masa Lancar Yamaha YZF-R15M (2022)

June 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

642
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VIETNAM bakal menawarkan sportbike terbaharu, Yamaha YZF-R15M (2022) selepas dokumen pendaftaran bocor di negara itu yang mendedahkan butiran spesifikasi.

Menurut laporan, dokumen dihantar kepada Pendaftar Vietnam itu mengandungi butiran model R15M dan R15 versi import (CBU), termasuk maklumat penggunaan bahan api.

BACA >>> Selepas Bangladesh, Yamaha YZF-R15M (2022) Bakal Lancar di Malaysia?
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha YZF-R15 Connected vs R15M (2022) Indonesia, Apa yang Berbeza?

Kedua-duanya model generasi keempat yang mula diperkenalkan sejak September 2021. R15M ialah motosikal siri R kedua yang menggunakan lencana dan pakej khas M selepas jentera satu liter R1M.

Berbanding R15 V3, model generasi baharu menerima perubahan rekabentuk dan naik taraf beberapa komponen. Rekabentuk sportbike itu jelas meminjam gaya R7. R15M berbeza dari segi penggunaan tona kelabu pada tangki minyak, fork depan dan ekor belakang dengan lencana khas atas tangki minyak seperti R1M.

Ada beberapa perubahan R15 V4 seperti ciri QuickShifter, Kawalan Traksi (TC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?

Data Pendaftar Vietnam menunjukkan R15 V4 menggunakan trenkuasa silinder tunggal 155.1cc penyejukan cecair berkuasa 19.3hp @ 10,000rpm, manakala kelajuan maksimum 129kmj.

Perbezaan R15 dan R15M ialah berat dan penggunaan bahan api. R15 seberat 137kg, manakala berat R15M, 140kg. Penggunaan bahan api R15 dan R15M masing-masing 2.29 liter dan 2.3 liter per 100km.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kenali Suis, Simbol dan Cara Betul Nyalakan Lampu Kabus Belakang
BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 8 Perkara Ini untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal!
BACA >>> Geram Rosak Selepas 6 Hari, Pemilik Heret Skuter Elektrik dengan Keldai Pusing Bandar

SUMBER: Zing

Related

642
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, sportbike, Yamaha Motor Vietnam, Yamaha Sportbike 150cc, Yamaha YZF-R15M

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my