• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sarasyn Cipta Rekod Dunia Tunggang Motosikal Rentas 13 Negara Dalam 24 Jam

Sarasyn Cipta Rekod Dunia Tunggang Motosikal Rentas 13 Negara Dalam 24 Jam

June 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


THIERRY Sarasyn dari Belgium pada 19 Jun lalu menetapkan misi mahu memecah rekod dunia dengan menunggang motosikal ke 14 negara dalam masa 24 jam.

Dia menunggang model MV Agusta Turismo Veloce dengan menggunakan tayar Bridgestone T32. Sarasyn bercadang memintas rekod dunia dicipta wartawan permotoran, Valerio Boni yang merentas 11 negara dalam masa 24 jam tahun lalu dengan model motosikal dan tayar jenama sama.

BACA >>> Gadis 21 Tahun Mahu Pecah Rekod Kelilingi Dunia dengan Motosikal Ogos Ini
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!

Sekadar imbasan, Boni pada 20 Jun 2021 memulakan perjalanan dari Sweden dan mengembara sejauh 2,003km, meredah 11 negara dalam masa sehari.

Sarasyn menetapkan laluan melalui Republik Czech, Slovakia, Hungary, Croatia, Slovenia, Itali, Austria, Liechtenstein, Switzerland, Jerman, Perancis, Luxemburg, Belgium dan Holland.

Jika dia sampai ke Luxemburg, itu sudah cukup untuk memintas rekod dipegang Boni, menandakan negara ke-12 dalam perjalanan Sarasyn.

Bercakap mengenai rancangannya, Sarasyn berkata:

Aku harap dapat sebanyak waktu siang yang boleh. Aku menunggang pada Ahad dengan harapan trafik kurang. Dan waktu siang bermula lebih awal di Timur dan menjadi lebih gelap di Barat. Aku boleh dapat kira-kira 19 jam waktu siang dalam trip ini.”

Akhirnya, Sarasyn sempat meredah 13 negara dengan catatan masa 19 jam 43 minit menggunakan sistem Legends Tracking sebagai alat penjejak rasmi yang merekodkan keberadaannya setiap seminit di sepanjang laluan tersebut.

Sistem itu turut digunakan individu lain yang cuba mencipta rekod termasuk pengayuh basikal. Sarasyn menjelajah sejauh 1,808km, lebih pendek berbanding jarak Boni tetapi melepasi dua negara sebagai kelebihan dalam memecahkan rekod semasa.

BACA >>> Boni, MV Agusta Mahu Pecah Rekod Dunia Rentas 11 Negara dalam Masa 24 Jam
BACA >>> Natasha Catat Rekod Dunia Pemandu Terpantas Daki Jalan Gunung Doi Chang, Thailand
BACA >>> #Videotomotif: 58 Orang Naik Satu Motosikal, dan Pecah Rekod Dunia!
BACA >>> Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia, Cuma 3 Hari dari Dakar ke Moscow Pandu Volkswagen Amarok

SUMBER: RideApart

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bridgestone T32, Legends Tracking, MV Agusta Turismo Veloce, Rekod Dunia Kembara, roda2, Thierry Sarasyn, Valerio Boni

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev