• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: 58 Orang Naik Satu Motosikal, dan Pecah Rekod Dunia!

#Videotomotif: 58 Orang Naik Satu Motosikal, dan Pecah Rekod Dunia!

December 9, 2017 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


GELAGAT seisi keluarga menaiki sebuah motosikal bukanlah perkara pelik di India. Tetapi apabila 58 orang menaiki sebuah motosikal, itu luar biasa!

Aksi itu dibuktikan pasukan Pertunjukan Kor Perkhidmatan Tentera India, atau Tornadoes dengan begitu mantap dan berwibawa, sekali gus memecahkan Rekod Dunia pada 2010, iaitu seramai 56 orang yang juga dilakukan pasukan sama. Maksudnya sendiri buat, sendiri pecah rekod.

Berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Bangalore, seramai 58 anggota Tornadoes, yang memakai helmet hijau, putih dan kuning (warna bendera India), berdiri atas panel yang ditampung sebuah Royal Enfield bersesaran 500cc. Semua mereka kemudian bergerak lurus sejauh 1.2km.

BERAT LEBIH 3 TAN!?

1-motor-58-orang-tornadoes-1
royal-einfield-500
1-motor-58-orang-tornadoes-2

Andaikata purata berat setiap anggota ialah 65kg, itu bermakna motosikal tersebut, yang asal Britain, tetapi kini milik penuh syarikat India, sedang menampung berat keseluruhan 3,770kg atau 3.7 tan! Sekarang bayangkan gajah Asia betina sedang menunggang Royal Einfield bersama bayinya. Memang menakjubkan!

Sebenarnya, sebelum rekod 2010 dulu pun, pasukan sama turut mencatatkan rekod naik motor berjemaah, iaitu seramai 20 orang, kira-kira 35 tahun lalu. Kiranya, memecah rekod sudah menjadi tradisi pasukan Tornadoes.

Bagaimana pula Malaysia? Apakah kita sekadar berpuas hati membuat rekod donat, lemang, nasi lemak dan kek terbanyak, terbesar dan terbazir? Cukupkah sekadar memecahkan rekod nahas jalan raya peringkat negara dan dunia? Sedarlah, mat rempit bergadai nyawa, mak bapa di rumah janganlah duduk ternganga saja. Marilah bersama kita cermin-cerminkan diri.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, India, motosikal, rekod dunia, roda2, Royal Einfield, Tornadoes, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my