• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Alex Marquez Tinggalkan LCR Honda, Sertai Gresini Ducati Musim Depan!

Alex Marquez Tinggalkan LCR Honda, Sertai Gresini Ducati Musim Depan!

June 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ALEX Marquez akan menyertai Gresini Ducati untuk musim MotoGP 2023 bersama rakan pelumba, Fabio di Giannantonio.

Gresini mengumumkan pelumba Sepanyol itu akan berlumba menggunakan jentera Ducati spesifikasi 'kilang’, manakala portal Crash.net mengesahkan jentera itu ialah GP22, mirip GP21 ditunggang Enea Bastianini musim ini.

BACA >>> Padah Menimpa HRC, Repsol Honda Kerana Harapkan Marquez Sahaja
BACA >>> Alex Pindah ke LCR Honda, Pol Espargaro Jadi Sekutu Marquez Musim Depan

Malah, adik kepada Marc Marquez itu disahkan meninggalkannLCR Honda selepas tamat musim ini, manakala Pengurus Lenovo Ducati, Paolo Ciabatti mengakui Amex ada disebut dalam perbincangan dengan Gresini.

Khabarnya, Alex itu akan digandingkan bersama Di Giannantonio yang sudah melanjutkan kontrak bersama Gresini dengan mengisi tempat Bastianini yang berpindah ke pasukan pengilang Ducati, atau satelit, Pramac.

Asalnya, Gresini mahu mendapatkan Miguel Oliveira, tetapi pelumba Portugis itu bakal berhijrah dari KTM ke Aprilia. Pelana ditinggalkan Oliveira pula akan diisi Jack Miller daripada Ducati dengan ditemani rakan pelumba, Brad Binder.

Sementara itu, selain Alex, LCR Honda juga bakal kehilangan seorang lagi pelumbanya, Takaaki Nakagami, yang mana kekosongan itu mungkin diisi duo Suzuki Ecstar, Alex Rins dan Joan Mir.

Honda mula terasa kehilangan Marc Marquez apabila gagal mengutip sebarang mata pada GP Jerman buat kali pertama dalam sejarah 40 tahun MotoGP.

BACA >>> Kontrak Sah Hingga 2023, Dorna Mahu Jumpa, Tak Gembira Hasrat Suzuki Keluar MotoGP
BACA >>> Mir Puas Hati Suzuki GSX-RR Kini Lebih Laju
BACA >>> Juara WorldSBK 2021, Toprak Sertai Yamaha untuk MotoGP 2023?
BACA >>> Bagnaia Juara GP Belanda 2022, Quartararo 'Tercampak' Keluar

SUMBER: Crash

Related

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Marquez (LCR Honda), enea bastianini, Fabio Di Giannantonio, Gresini Ducati, MotoGP 2023, paolo ciabatti

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev