• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pejabat Paten Amerika Dedah Lakaran Beg Udara Payung Terjun untuk Penunggang

Pejabat Paten Amerika Dedah Lakaran Beg Udara Payung Terjun untuk Penunggang

June 23, 2022 By Shawkath 1 Comment

375
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANYAK firma mencipta beg udara dalam jaket untuk penunggang motosikal, tetapi syarikat ini mengambil pendekatan berbeza seperti idea beg udara dalam seluar jeans dan seluar pendek.

Syarikat dimaksudkan itu ialah Airbag Inside Sweden AB (AIS). Pada 31 Mac lalu, Pejabat Tanda Dagang dan Paten Amerika Syarikat (USPTO) mendedahkan permohonan paten AIS dipanggil ‘pakaian motosikal kembung’.

BACA >>> Piaggio Group, Autoliv Bangunkan Beg Udara Motosikal, Siap 4-5 Tahun Lagi
BACA >>> Syarikat Perancis Cipta Seluar Beg Udara untuk Penunggang Motosikal, RM2.4k

Berdasarkan nama itu, apa dapat dibayangkan adalah sut untuk melindungi beberapa bahagian badan penunggang menggunakan beg udara, membabitkan seluar, jaket dan kasut yang boleh mengembung, termasuk kanopi. Eh, kanopi kembung?

Berdasarkan foto di atas, ia sejenis beg udara paracut (payung terjun) yang mengembung keluar ke atas dari paras bahu dan kepala penunggang dengan abah-abah pengikat terletak bawah lengan atau ketiak.

Jika berlaku rempuhan berkelajuan tinggi, ideanya adalah beg udara kanopi akan mengembang dan membantu mengurangkan kelajuan penunggang. Objektifnya, mengurangkan risiko parah akibat tunggangan berkelajuan tinggi.

Paten menunjukkan beg udara kanopi itu tersimpan kemas dalam ves ketika dipakai yang menampakkan ia seperti sut menunggang biasa. Tiada perincian aspek keselesaan jika perlu memakai kedua-dua ves beg udara dan jaket kanopi paracut.

Ini kerana kedua-dua pakaian pelindung beg udara itu direka dengan perlindungan berbeza yang memberikan kesan terhadap pergerakan penunggang. Kanopi paracut itu mungkin sesuai untuk kegunaan di trek lumba berbanding tunggangan harian.

Namun, ada beberapa persoalan berbangkit. Adakah pengembangan beg udara paracut itu berisiko mengancam keselamatan penunggang, misalnya beg terbelit atau tiupan angin dari arah berlainan memberi kesan ketika paracut mengembang?

BACA >>> Penunggang Motosikal Sepanyol Bantah Peraturan Wajib Pakai Jaket Beg Udara
BACA >>> Honda Patenkan Beg Udara Vertikal untuk Motosikal
BACA >>> Honda PCX Akan Ada Beg Udara Sama Seperti Gold Wing?
BACA >>> Held Perkenal Ves Beg Udara yang Padan Semua Jenis Jaket Menunggang
BACA >>> Kajian: Beg Udara Lutut Tidak Banyak Beri Perlindungan Kecederaan Kaki - IIHS
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Beg Udara Berfungsi, Benarkah Halang Pernafasan?

SUMBER: RideApart

Related

375
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Airbag Inside Sweden AB (AIS), aksesori, beg udara, Pejabat Tanda Dagang dan Paten Amerika Syarikat, roda2

Comments

  1. Jan says

    June 24, 2022 at 10:54 AM

    Tak masuk akal, macam lagi bahaya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev