GADIS 21 tahun, Bridget McCutchen berhasrat mencipta rekod dunia baharu dengan menunggang Kawasaki Versys-X 300 bermula Ogos ini.
McCutchen, yang berasal dari utara Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), perlu menunggang sekurang-kurangnya 24,900 batu (40,000km) untuk merealisasikan impiannya dengan mengembara laluan sama untuk merentas dua hemisfera, dan tinggal di lokasi sama tidak lebih dua minggu.
BACA >>> Askar Ukraine Guna Basikal, Motosikal Elektrik untuk Serang Lokasi Tentera Rusia
BACA >>> Krisis Rusia-Ukraine: GP Finland 2022 Batal!
Dia juga perlu menamatkan pengembaraan di tempat yang sama dia memulakan perjalanan. Cubaan tersebut dijangka mengambil masa antara 12 dan 16 bulan.
McCutchen merancang memulakan tunggangan mencipta rekod baharu pada Mei lalu, tetapi menangguhkan hasrat tersebut berikutan konflik perang Rusia-Ukraine.
Pelan perjalanan asal terpaksa diubah dengan memulakan perjalanan dari Amerika Selatan sebelum menaiki kapal bersama motosikalnya ke Maghribi dan menjelajah Eropah dan Asia.
Semua persiapan pengembaran turut dikongsikan McCutchen dalam media sosial, Instagram dan Facebook, termasuk menyediakan laman web perjalanan untuk berkongsi cerita dengan pengikutnya sepanjang perjalanan kelak.
Rekod penunggang termuda mengelilingi dunia buat masa ini dipegang Henry Crew yang mencipta rekod April 2019 pada usia 23 tahun.
McCutchen mahu memecahkan rekod tersebut dengan meminta bantuan dan nasihat daripada Crew sebagai persiapan awal sebelum memulakan misi perjalanan. Gadis itu juga mengumpul dana dengan membuat jualan dan membuka akaun di GoFundMe, serta menerima sumbangan komuniti setempat.
Ada beberapa pihak tampil sebagai penaja seperti Aerostitch dan True North Sailing Charters.
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!
BACA >>> #EICMA2016: Kawasaki Versys-X 300 Buat Penunggang 'Beginner'
BACA >>> Netizen Bengang Ambulans Disuruh Berhenti Beri Laluan Konvoi VVIP
BACA >>> Thailand Bakal Lupus Kenderaan Berusia Lebih 20 Tahun
SUMBER: RideApart | Instagram Bike.Will.Travel
Leave a Reply