• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengedar Indonesia Cuma Beli 60 Unit Daihatsu Xenia Sepanjang Mei 2022

Pengedar Indonesia Cuma Beli 60 Unit Daihatsu Xenia Sepanjang Mei 2022

June 22, 2022 By Shawkath Leave a Comment

8.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUALAN model baharu, Daihatsu Xenia susut mendadak, terutama pembelian pukal golongan pengedar dari kilang di Indonesia.

Berdasarkan data Gabungan Industri Kenderaan Bermotor Indonesia (Gaikindo), hanya 60 unit Xenia dikirimkan dari kilang pembuatan kepada pengedar.

BACA >>> Tiada Turbo, Tiada Transmisi Manual untuk Perodua Alza Serba Baharu!
BACA >>> Daihatsu Sirion (2022) Versi Facelift Lancar di Indonesia, Khamis Ini?

Jika dilihat statistik beberapa bulan lalu, jualan pukal menunjukkan jumlah tinggi. Misalnya, pada Januari tahun ini, agihan Xenia mencecah 3,512 unit, manakala Februari pula merekodkan peningkatan kepada 3,646 unit.

Bagaimanapun, jualan menunjukkan penurunan pada Mac lalu dengan jumlah terkumpul 2,688 unit, dan trend sama turut berlaku pada April lalu (1,333 unit).

Sepanjang lima bulan pertama 2022, kiriman Xenia dari kilang merekodkan jumlah 11,239 unit. Jualan runcit dari pengedar kepada pelanggan ialah 9,910 unit dalam tempoh sama.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Pemasaran Astra International - Operasi Jualan Daihatsu (AI-DSO), Hendrayadi Lastiyoso berkata, pihaknya perlu mengimbang jualan pukal dan runcit mengikut permintaan dan tawaran. Tujuannya adalah memastikan bekalan stok dapat dikekalkan.

Benar, pembeli pukal cuma 60 unit, tetapi jualan runcit masih melebihi 1,000 unit. Kami perlu kawal agihan hasil pengeluaran di ADM supaya model lain yang kami anggap perlukan bekalan tinggi dapat diberi perhatian.”

Hendrayadi secara peribadi melihat perkembangan itu bukan isu besar, tetapi cuma satu masalah pembahagian membabitkan pengeluaran. Malah, jelasnya lagi, Mei ialah bulan paling pendek untuk hari bekerja dengan purata 19 hari berbanding 25 hari bekerja untuk bulan lain.

Jadi, pengeluaran disusun dalam keadaan supaya dapat mengimbangi bekalan untuk model lain. (Jualan) pukal semua jenama lain juga susut disebabkan faktor jumlah hari bekerja. Perbezaan enam hari bekerja amat memberi kesan.”

BACA >>> Kelisa Tak Boleh Jadi Daihatsu!
BACA >>> Daihatsu Kunci Mulut Pasal Kereta Nasional Ketiga
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Gejala Microsleep Ketika Memandu yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Spesifikasi Toyota Avanza (2021), Veloz Bocor Selepas Debut Mitsubishi Xpander

SUMBER: Kompas

Related

8.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daihatsu Xenia (2022), Gabungan Industri Kenderaan Bermotor Indonesia (Gaikindo), Hendrayadi Lastiyoso, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my