• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Prototaip Ford Capri RS3100 (1972) Ini Catat Rekod Dunia, Dilelong Lebih RM400k!

Prototaip Ford Capri RS3100 (1972) Ini Catat Rekod Dunia, Dilelong Lebih RM400k!

July 20, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KALAU sudah minat, apa saja sanggup dilakukan. Prototaip Ford Capri RS3100 ini dijual pada harga £74,250 (RM400,190), sekali gus mencatat rekod baharu dunia!

Unit itu dibuka rumah lelongan Classic Car Auctions (CCA) untuk jualan di Pusat Acara Warwickshire, Britain pada 18 Jun lalu dan bertukar tangan kepada seorang pembeli yang juga memiliki RS3100 kuning.

BACA >>> Art of Speed (AOS) 2022 - Kolaborasi Malaysia-Indonesia Bikin Vespa Klasik Jadi Versi Elektrik!
BACA >>> Tersimpan Lebih 3 Dekad, Siapa Sangka Honda VFR750R RC30 (1990) Dilelong RM357k!

Namun, apa yang membuatkan model ini istimewa?

  • Unit Sebring Red (seakan jingga) itu disimpan Ford selepas foto diambil untuk brosur jualan dengan buku manual turut dibekalkan bersama semua unit pengeluaran.
  • Ini adalah versi prapengeluaran pada 1972 sebelum model massa dikeluarkan pada tahun berikutnya dalam jumlah 249 unit sahaja.
  • Dipasang di pusat Advanced Vehicle Operations (AVO) Ford di South Ockendon, Essex, Britain. Selain RS1300, AVO juga menjadi pusat pemasangan kenderaan prestasi tinggi Ford, yang mana unit dipasangkan di sini memiliki status tersendiri.

  • Ini ialah unit prototaip AVO hingga 1975 dan didaftarkan bawah plat P dengan jarak pemanduan 500 batu (800km) sahaja. Ini juga satu-satunya unit yang ada dan model RS3100 terakhir didaftarkan.
  • Individu sebelum ini adalah satu-satunya pemilik model berkenaan dan dibeli daripada AVO pada April 1975 hingga bertukar tangan pada Jun 2022.
  • Selain itu, bil jualan asal AVO pun masih tertera harga £1,500 (RM8,010).
  • Unit ini berbeza berbanding 249 unit model pengeluaran lain yang dapat dilihat pada tingkap suku jenis kekal, stereng rata tiga rongga dan penutup rocker hitam (model pengeluaran, biru).

  • Selain itu, nombor casis juga unik, iaitu BFECRK, manakala model lain menggunakan siri BBECND.
  •  Prototaip ini berada dalam kondisi asal tanpa sebarang baik pulih kecuali cat kecil. Menariknya, unit tersebut disimpan sejak 1982 hingga 2022!
  • Sebelum itu ia digunakan sebagai kereta harian dengan jarak memandu 70,700 batu (113,780km).
  • Dengan sejarah dan ciri lain yang ada, model ini sebenarnya memiliki tanda harga tanpa had. Jadi tidak hairan ia mampu mencecah harga lebih RM400,000!

BACA >>> Audi Quattro RR (1990) Kondisi Baik dengan Perbatuan 52,500km Ini Dilelong RM467k!
BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Buka Tempahan di UK, Harga Mula RM316k!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Classic Car Auctions, Classic Car Auctions (CCA), Ford, Ford Capri, Ford Capri RS3100, Ford Capri RS3100 (1972), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my