• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Bajaj Pulsar Jadi KTM RC Versi Ekstrem, Siap Spoiler Belakang

#BikinMotor: Bajaj Pulsar Jadi KTM RC Versi Ekstrem, Siap Spoiler Belakang

June 21, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAJAJ Pulsar adalah salah satu motosikal popular dengan jualan antara terlaris di India. Malah Pulsar juga sering dijadikan motosikal asas dalam banyak projek kustom di negara Asia Selatan itu.

Terbaharu, seorang individu mengubah suai Pulsar menjadi model ala sportbike KTM RC tetapi dengan rekabentuk agresif dan futuristik. Nitin Umbaranikar memuat naik kerja transformasi Pulsar-KTM itu di Youtube.

Bajaj Pulsar NS160 itu adalah milik bapa saudara Nitin dan menjalani beberapa fasa pengubahsuaian, bermula menanggalkan semua komponen termasuk panel badan, sistem ekzos, tangki minyak dan roda.

Satu-satunya komponen asal dikekalkan ialah casis. Nitin turut membina frem luaran baharu dengan lebar 42 inci dan tinggi 3 inci sebelum dipasangkan roda, enjin dan tangki minyak. Kotak angin pula menjadi ciptaan baharu kerana model standard didapati kurang sesuai dengan frem baharu itu.

Bar hendal diposisikan lebih rapat ke badan penunggang untuk menambah baik keselesaan pengendalian. Motosikal itu juga dipasang sistem stereng baharu memandangkan roda depan agak jauh ke depan. Pendek kata, jarak roda kini lebih panjang.

BACA >>> #BikinMotor: Siapa Sangka Bajaj Pulsar 220 Boleh Jadi Suzuki Hayabusa GSX1300R!
BACA >>> #BikinMotor: Motosikal Enjin Gergasi, 4,200cc, 48-Silinder, 2-Lejang!

Kedua-dua roda menggunakan sistem brek cakera dan sebatang rod untuk disambungkan kepada brek master silinder belakang, meniru konsep motosikal dengan sambungan rod ke brek dram.

Langkah seterusnya adalah menyambungkan dua rantai untuk menghubungkan sproket belakang dengan sproket depan pada unit enjin. Namun, timbul beberapa masalah seperti roda belakang terkunci setiap kali membrek. Jadi penyelesaiannya, pasang spoiler belakang.

Spoiler itu disambungkan pada brek belakang. Apabila penunggang membrek, komponen tersebut akan bertukar posisi 90º untuk menghasilkan efek seretan, sekali gus mengurangkan beban pada brek belakang.

Namun, tidak dapat dipastikan tahap kecekapan konsep spoiler-brek itu pada tunggangan halaju rendah kerana sistem seumpama itu biasanya diaplikasikan pada supercar mewah prestasi tinggi, dan bukan motosikal. Apapun, usaha yang bagus

Langkah seterusnya adalah mencipta panel badan. Kos keseluruhan projek berkenaan cuma 20,000 rupee (RM1,130) dan siap dalam masa empat bulan.

BACA >>> #BikinMotor: Ninja ZX-25R Turbo Ini Capai Kelajuan 252kmj!
BACA >>> #BikinMotor: Honda Super Cub C125 dengan Kotak Solar untuk Cas Telefon
BACA >>> #BikinMotor: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Ubah Jadi Cafe Racer Neo-Retro

SUMBER: Cartoq

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bajaj Pulsar NS160, Bikin Auto, bikin motor, KTM RC Batman, Nitin Umbaranikar, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my