• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jenayah Curi Nombor Plat, Ekzos Meningkat Sepanjang 2021, Pelanggan UK Rugi RM383j!

Jenayah Curi Nombor Plat, Ekzos Meningkat Sepanjang 2021, Pelanggan UK Rugi RM383j!

June 21, 2022 By Shawkath Leave a Comment

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU di Britain menanggung kerugian bernilai £71.2 juta (RM383.2 juta) disebabkan kehilangan komponen kenderaan sepanjang 2021.

Angka itu dikatakan mewakili 474,600 komponen yang dilarikan penjenayah, menurut siasatan firma insurans Direct Line.

BACA >>> Elak Kes Curi Penukar Bermangkin, Toyota UK Letak Penanda Tersembunyi
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penukar Bermangkin (Catalytic Converter) Pada Sistem Ekzos?

Menurut Direct Line, statistik itu diperoleh dengan mengemukakan permohonan Kebebasan Maklumat kepada pihak berkuasa tempatan.

Hasilnya, komponen paling banyak dicuri ialah nombor plat, sebanyak 53,400 keping, diikuti penukar bermangkin (catalytic converter), hampir 39,900 unit.

Direct Line menjelaskan peningkatan penggunaan kamera ANPR (Pengecaman Nombor Plat Automatik) mendorong kepada peningkatan kes kecurian nombor plat. Penjenayah akan menggunakan nombor plat curi pada kenderaan lain untuk melakukan jenayah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Kes kecurian penukar bermangkin pula kerana komponen itu mengandungi material bernilai tinggi seperti paladium, rodium dan platinum. Malah proses mencuri turut meninggalkan kerosakan teruk pada kenderaan mangsa.

Fungsi penukar bermangkin adalah menukar gas yang dihasilkan enjin petrol menjadi wap air untuk mengurangkan emisi berbahaya menerusi tindak balas kimia sebelum dilepaskan paip ekzos. Nilai kecurian penukar bermangkin sejak 2019 adalah lebih £16 juta (RM86 juta).

Sesiapa didapati memandu kenderaan tanpa penukar bermangkin walaupun dicuri boleh didenda hingga £1,000 (RM5,390). Ini kerana kenderaan mereka membebaskan gas yang mengandungi kadar pencemaran tinggi.

Direct Line juga bekerjasama dengan Universiti Huddersfield untuk kempen ‘Truth about Car Theft’. Dalam temu bual dengan beberapa bekas pencuri kenderaan untuk memahami motif dan peluang untuk jenayah kenderaan, salah seorang penjenayah mendedahkan;

Cats (penukar bermangkin) bernilai untuk wang sepanjang hari. Harga minimum (hasil curi) seunit ialah £150 (RM810). Malah, kalau kamu buat (curi) waktu malam, boleh dapat antara 30 hingga 40 unit (semalaman)."

Profesor Kriminologi universiti sama, Rachel Armitage berkata, pencuri melihat bidang kecurian komponen kenderaan sebagai berisiko rendah dengan pulangan tinggi.

Penukar bermangkin dipasang pada semua model kereta berasaskan petrol di Britain sejak 1993. Bagaimanapun, penjenayah lebih gemar mencuri unit yang dipasang pada model petrol-elektrik hibrid kerana bernilai tinggi di pasaran gelap. Komponen tersebut didakwa memiliki kualiti terbaik kerana menggunakan lebih banyak material berharga dan rendah risiko karat.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Imobilizer Cegah Kereta daripada Dicuri?
BACA >>> Pakar: Standard Sistem Keselamatan Kenderaan Negara Ketinggalan Zaman
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cegah Kereta Terbakar yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: DailyMail

Related

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Catalytic Converter, Jenayah Curi Komponen Kenderaan, Kenderaan Petrol-Hibrid, paladium, Penukar Bermangkin, platinum, Rachel Armitage, Roda4, rodium, Universiti Huddersfield

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my