• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Risiko Pintu Gagal Buka: Lamborghini Panggil Balik 21 Unit Huracan Evo, STO di AS

Risiko Pintu Gagal Buka: Lamborghini Panggil Balik 21 Unit Huracan Evo, STO di AS

June 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

PENGELUAR supercar Itali, Lamborghini memanggil balik sebanyak 21 unit kereta model Huracan Evo dan STO di Amerika Syarikat (AS) disebabkan risiko masalah pintu kenderaan tidak boleh dibuka.

Model yang terjejas adalah unit pembuatan bertarikh 2 Mei hingga 9 Mei 2022. Isu itu dikatakan hanya melibatkan pintu kiri Lamborghini.

BACA >>> Segala Tentang 'Panggil Balik' (Recall) yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Masalah Nat Brek Longgar: Triumph Panggil Balik Speed Triple RR, RS (2022)

Berdasarkan laporan, klip keselamatan kabel untuk proses pembukaan pintu mungkin dipasang pada kedudukan tidak tepat dan berpotensi menjadi longgar. Ini menyebabkan pintu berdepan risiko gagal dibuka dari luar supercar berkenaan.
Dokumen di laman Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) di AS menyatakan:

“Kegagalan itu boleh menyebabkan pembuka pintu dari luar kenderaan gagal berfungsi dengan risiko keselamatan jika berlaku kecemasan. Pintu masih boleh dibuka dari dalam pada bila-bila masa.”

Perkara itu dilihat sebagai satu isu keselamatan dengan mengambil kira individu dalam kereta terjejas berada dalam suatu keadaan yang tidak berupaya membuka pintu dari dalam dan pintu tidak dapat dibuka dari luar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Boleh Terbakar Selepas Kemalangan?

Masalah itu dikesan seorang pekerja pemeriksa kualiti Lamborghini selepas mendapati klip kecemasan pada kabel Bowden tidak dipasang dengan betul. Lamborghini membuat siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Siasatan mendapati masalah itu berpunca akibat kesilapan manusia semasa proses pemasangan. Pemeriksaan juga dilakukan pada beberapa unit Huracan tetapi ada beberapa unit sudah dikirim keluar kilang.

Pada 10 Jun lalu, Lamborghini berpendapat satu kempen panggilan semula perlu dilakukan. Setakat ini, belum ada pelanggan mengemukakan tuntutan berhubung perkara tersebut.

Pengedar Lamborghini akan membuat pemeriksaan dan membaiki masalah itu. Firma itu juga akan mengeluarkan notis kepada pelanggan terjejas bermula 1 hingga 8 Julai 2022.

BACA >>> #ApaNakBuat: 8 Langkah Cuci Enjin Kereta Cara Betul!
BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Kenapa Motosikal Tidak Boleh Hidup Selepas Cuci
BACA >>> Lamborghini Sekali Lagi Catat Jualan Tahunan Tertinggi, Urus Paling Laris!
BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

SUMBER: NHTSA | Motor1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kempen Panggil Balik Lamborghini, Lamborghini, Lamborghini Huracan Evo, Lamborghini STO, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev